Archives for February 2022

“Ahli Politik Berbincang Perihal Pemanasan Global”

Tahukah Anda

Ini adalah arca “Ahli Politik Berbincang Perihal Pemanasan Global” / Politicians Discussing Global Warming statue.

Arca provocatif di Berlin ini dicipta oleh artis Isaac Cordal pada tahun 2011 untuk membawa perhatian kepada isu-isu yang semakin meningkat disebabkan oleh perubahan iklim.

Dannnn.. Ahli politik terusan ‘berbincang’.

Jambatan emas Cau Van

Tahukah Anda

Jambatan emas Cau Vang sepanjang 150m dibina 1,400m di atas paras laut.

Jambatan ikonik yang dibina di kawasan terpencil Thien Thai Garden mengadap bukit-Bukit Ba Na di hutan Da Nang, Vietnam.

Kedai Teh Paling Tinggi Di dunia

Tahukah Anda

Kedai Teh Paling Tinggi Di dunia

Terletak di atas Gunung Hua yang merupakan salah satu dari 5 gunung suci di China, kedai teh ni berada 2133m dari aras laut.

Kedai teh ini berada di bahagian selatan gunung Hua dan melalui ‘heavenly stairs’. Tangga ini menuju ke tebing berlantai kayu paling berbahaya di dunia. Malah ada sebahagian kawasan perlu memanjat menggunakan lubang yang disediakan.

Kalian tidak diwajibkan memakai gear keselamatan, jatuh tanggung sendiri. Dah penat memanjat dan masih selamat lalu tebing berlantai kayu yang lebar cuma lebih kurang 30cm, kalian akan sampai ke Kuil Purba Tao. Di sinilah ada disediakan secawan teh panas buat basah tekak?.

Amacam, berbaloi untuk secawan teh?

Black Rain Frog

Spesies katak muka sedih ini dari Afrika, dikenali sebagai Black Rain Frog.

Spesies ini hanya ditemui di lereng selatan Cape Fold Belt di Afrika Selatan pada ketinggian sehingga lebih 3,300 kaki (1,000m).

Memandangkan Black Rain Frog ialah spesies yang menggali, ia mendiami fynbos dan pinggir hutan dan tidak memerlukan kehadiran sumber air terbuka.

Kapal Terbang tidak terbang secara lurus

May be an image of map and text

Tahukah Anda

Kenapa kapal terbang tak terbang lurus?

1. Kesesakan

Walaupun bila kita di udara, kita tak nampak kapal lain, sebenarnya ada banyakkkk kapal terbang lain sedang terbang waktu yang sama, cuma berbeza ketinggian.

2. Bumi tidak rata

Kapal terbang perlu menempuh garisan yang melengkung mengikut bentuk muka bumi yang sedia ada, route dalam peta bukanlah jalan terdekat.

3. Mengelak laluan konflik.

Ingat MH17?

4. Kos sewa udara negara berbeza

Sistem ini dikenali sebagai ‘Overflight Fees’ iaitu yuran penerbangan yang dikenakan pada setiap kapal terbang dengan kadar yang berbeza-beza mengikut jenis pesawat dan mengikut negara.

5. Jaringan isyarat

Sistem pemancar radio yang disediakan dalam kabin mewujudkan satu bentuk laluan di udara dan pilot cuma mengikuti sistem tersebut.

Anda mahu camping di udara?

Tahukah Anda

Sky Camping di pergunungan Shanghai, China.

Anda mungkin yang pertama melihat matahari terbit.. Kalau masih hidup pagi nya.

Leopon si haiwan hibrid

May be an image of big cat

Tahukah Anda

Leopon ialah haiwan hibrid separuh singa, separuh harimau bintang. Ia mempunyai kepala singa dan badan harimau bintang serta berkaki pendek.

Ya, pernah wujud binatang ini suatu masa dulu cuma tak dapat dipastikan kewujudan dia pada ketika ini.

Lidah Harimau

May be a close-up of cat

Ini adalah gambar permukaan lidah harimau. Bergerigis.. Boleh jilat isi dari tulang dengan mudah.

‘Malam kutub’

May be an image of 2 people, outdoors and text that says "GALERI INA SINIDAPURKAMI Utqiagvik, Alaska, bandar paling utara di AS mengalami 'polar night' setiap tahun Bila matahari tenggelam pada 18/19 Nov, matahari cuma akan terbit semula selepas 65 hari bergelap."

Tahukah Anda

‘Malam kutub’ adalah fenomena di mana waktu malam berlangsung selama lebih daripada 24 jam yang berlaku di kawasan paling utara dan paling selatan Bumi.

Jambatan akar pokok beringin

May be an image of 1 person, tree and body of water

Tahukah Anda

Jambatan akar pokok beringin yang terkenal di Sungai Batang Bayang di Bayang Utara, kabupaten Pesisir Selatan, Sumatera Barat ini bukan lah terjadi secara semulajadi.

Ia bermula pada 1890 apabila guru tempatan bernama Pakih Sohan menghubungkan kedua belah sungai dengan beberapa batang buluh dan menanam pokok beringin di kedua belah sungai.

Harapan beliau supaya dapat memudahkan anak murid menyeberangi sungai. Semakin pokok membesar, beliau jalinkan akarnya dengan batang buluh yang ada.

Usahanya diteruskan penduduk tempatan apabila guru berkenaan meninggal dunia.