Aktiviti ‘Outdoor’ Bukan Lagi Trend, Ini 5 Lokasi Menarik Yang Anda Boleh Jelajahi Sekarang

Setelah lebih 90% individu dewasa lengkap dua dos suntikan vaksin, kerajaan telah memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia rentas negeri dan menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Perkara tersebut disambut baik oleh rakyat Malaysia di mana inilah peluang mereka untuk kembali ke kampung halaman untuk bertemu sanak saudara serta bercuti bersama keluarga.

Tidak lupa juga ramai yang mula minat untuk menceburkan diri dalam aktiviti outdoor yang bukan lagi dilihat sebagai satu trend. Iyalah, sudah penat duduk lama di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdahulu, badan pun mula rasa mahu berpeluh dan rasa ‘angin luar’.

Ada yang sukakan aktiviti penuh adrenalin, dan ada yang lebih gemarkan ketenangan di dalam hutan. Jadi di sini kami senaraikan 5 lokasi yang menjadi tumpuan ramai pada ketika ini. Majoritinya di Lembah Klang sahaja dan anda boleh pergi mencubanya ketika cuti hujung minggu. Jom check it out!

1. Bukit Kiara Park, TTDI

Untuk anda yang baru menceburi aktiviti seperti ini, anda boleh cuba Bukit Kiara Park ini terlebih dahulu. Dikelilingi pokok-pokok hijau dan tasik, memang tenang bila anda berjalan santai di sini.

Laluan di sini adalah sepanjang 9km untuk anda terokai. Laluannya juga tidak terlalu sukar yang membolehkan anda hiking, berlari dan jika anda sukakan lebih cabaran, ada trail khas untuk mountain biking.

Begitu juga sepanjang anda berjalan atau berlari, ada banyak tempat untuk anda pit-stop jika mahu bergambar.

2. Air Terjun Sofea Jane, Kemensah

Tidak ramai mengetahui berhampiran pinggir Kuala Lumpur juga terdapat beberapa air terjun yang menarik untuk dikunjungi. Antaranya Air Terjun Sofea Jane atau nama sebenarnya Air Terjun Kubang Gajah di Kemensah, Selangor.

Hanya satu jalan saja untuk ke air terjun ini iaitu melalui jalan dari Zoo Negara hingga ke ATV Adventure. Di sini anda akan dihidangkan dengan pemandangan kiri kanan air sungai yang mengalir laju.

Jalan kaki secara santai hanya mengambil masa 45 minit untuk sampai ke air terjun dan jika anda mahu cepat, anda boleh sewa ATV untuk ke atas sana. Memang fun!

3. Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh

Ini satu-satunya lokasi yang berada di luar Lembah Klang tetapi sedang popular dalam kalangan penduduk di Terengganu dan juga peminat aktiviti outdoor.

Tarikan utamanya pastilah air sungainya yang berwarna hijau dan sangat segar. Di sini terdapat juga tapak untuk anda berkhemah dan berkayak. Alang-alang anda sudah habis mandi dan bermalam di sini, boleh singgah makan kek di Cafe Marion.

4. Water Rafting @ Xventure Mind Whitewater, Kuala Kubu Bharu

Air terjun Sungai Chiling adalah lokasi popular bagi penduduk sekitar Kuala Kubu Bharu. Trek untuk anda ke air terjun ini juga sangat cantik dihiasi orkid liar dan buluh sebelum anda tiba ke lokasinya; air terjun setinggi 80 meter.

Jika anda mahukan aksi lebih ekstrim, Water Rafting @ Xventure Mind Whitewater menanti anda. Kalau anda ada GoPro, jangan lupa bawa untuk rakam aksi anda menyusuri laluan air di sini. Best! Dah habis aktiviti di sini, kenalah singgah Dataran Kuala Kubu Bharu untuk makan makanan lokal di sini.

5. Putrajaya Challenge Park, Putrajaya

Terletak di Putrajaya, ini adalah tempat untuk pelbagai aktiviti lasak antaranya mountain biking dan juga skateboarding. Memang besar dan sangat cool lokasinya!

Tidak lupa juga aktiviti rock climbing untuk anda yang gian mendaki bukit. Semuanya ada di sini.

Speak Your Mind

*