Mungkin ramai di antara kita yang gemar mengecas telefon pintar atau tablet di atas katil sebab kita masih tetap nak scroll Instagram atau Twitter walaupun ia sedang dicas. Namun, tahukah anda aktiviti yang dilihat biasa ini boleh mengakibatkan insiden bahaya di kemudian hari?
Menurut The Sun UK, risiko untuk terjadinya kebakaran jika kita tertidur sambil mengecas telefon atas katil adalah agak tinggi sebab cadar dan tilam merupakan bahan yang mudah terbakar.
Perkara tersebut pada mulanya telah dikongsikan oleh Facebook CPR Kids baru-baru ini sebab ramai kanak-kanak yang dilaporkan mendapat hadiah telefon bimbit sempena perayaan Krismas.
Ini berikutan terjadinya satu kes di mana kebakaran hampir berlaku di Australia apabila individu mengecas telefon pintarnya di atas katil. Dalam FB post tersebut, dapat dilihat ada kesan terbakar pada katil bersama kabel pengecas yang dilihat turut terbakar.
Sumber: Facebook CPR Kids/Firefighters Australia
Namun, tak kira lah orang dewasa atau kanak-kanak, adalah lebih baik jika kita semua cas peranti pintar kita seperti telefon, iPad atau tablet di tempat yang rata yang jauh daripada bahan yang mudah terbakar seperti tilam dan cadar terutamanya jika anda sudah mahu masuk tidur.
Ini kerana, telefon dan alat pengecas boleh panas dengan cepat terutamanya jika dibiarkan terlalu lama. Takut jugak kalau kita tertidur dan tak tutup plug charger sepanjang malam walaupun bateri telefon yang diletakkan atas katil tu dah lama penuh.
Sumber: Facebook CPR Kids/Firefighters Australia
Untuk lebih selamat lagi, sebaiknya tutup sahaja plug jika kita nak tidur sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku ketika kita sedang berehat. Kalau nak cas jugak, pastikan ia dicas di tempat yang jauh daripada katil.
Selain itu, sentiasa periksa juga kabel atau cords pada charger dan jangan cas smartphone menggunakan kabel yang nampak macam dah nak rosak. Paling penting, elakkan guna sebarang aksesori seperti wayar charger jenis tiruan tau.
Harapnya lepas ni kita semua akan lebih berhati-hati dan peka dengan aktiviti mengecas peranti pintar di rumah terutamanya di atas katil.
Sumber: The Sun UK, Facebook CPR Kids
Speak Your Mind