Minuman kopi panas sememangnya menjadi pilihan ramai terutamanya ketika musim sejuk atau hujan sebab ia boleh membantu kita untuk memanaskan badan.
Namun, sebuah gerai kopi minuman di Indonesia pula ada keunikannya yang tersendiri apabila penjualnya membancuh air menggunakan alat yang selalu digunakan untuk membuat rumah atau perabot iaitu gerudi!
Sumber: TikTok @kenandgratt
Menurut Suara.com, video cara kopi dibancuh itu pada mulanya dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai kenandgratt pada sekitar Oktober lalu.
Namun, korang jangan risau, sebab sebenarnya sang penjual kopi telah pun mengubahsuai hujung gerudi itu dengan menggantikan bahagian hujungnya dengan sudu. Jadi, dia tak perlu menggunakan tenaga yang terlalu banyak untuk membancuh air yang dipesan pelanggannya.
Difahamkan, kopi itu dijual di kawasan pergunungan Gunung Bromo, Indonesia.
Sumber: TikTok @kenandgratt
Wanita yang mencuba kopi panas itu juga bergurau dalam video dengan mengatakan kopi itu mempunyai aromanya yang tersendiri iaitu aroma besi.
Sehingga kini, video TikTok terbabit telah meraih sehingga 1.9 juta tontonan! Rata-rata netizen juga bergurau dengan mengatakan kopi itu mengandungi zat besi.
Kalau kita dah boleh melancong ke kawasan Gunung Bromo nanti, ada bran tak korang nak try kopi gerudi ni?
Speak Your Mind