Kalau kita perhatikan, setiap hari pasti ada yang kongsikan keterujaan masing-masing melakukan aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya, setiap hujung minggu rata-rata pusat beli belah akan menjadi tumpuan ramai terutamanya di restoran yang ada disana.
Setelah beberapa bulan tidak dibenarkan untuk menikmati makanan di kedai, pastinya kebenaran dine-in membuat orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengadakan ‘makan-makan’ bersama kawan dan keluarga.
Seperti pemerhatian beberapa minggu kebelakangan ini, rata-rata restoran akan penuh selain ada yang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai promosi yang menarik untuk para pelanggan.
Sumber: Sushi King
Bila sebut pasal makanan ni, pastinya masing-masing punya citarasa tersendiri. Macam baru-baru ini, sempat jugak ke salah satu cawangan Sushi King setelah sekian lama, rindu perasaan tunggu sushi kegemaran di belt.
Mungkin ada yang perasan, mungkin jugak ada yang tak perasan. Min perasan sesuatu yang ‘pelik’ di Sushi King. Antaranya :
1. Logo Dah Lain!
Sumber: Sushi King
Kalau sebelum ini, kalau korang perasan, logo Sushi King hanyalah seekor ikan dengan garisan luar warna hitam, sekarang, bahagian dalaman pun dah ada warna. Bukan takat tu je, tagline pun dah berubah. Sekarang ni diorang gunakan “Your Happy Sushi Place”.
2. Sistem Penghantaran Makanan Automatik (FDR)
Sumber: Sushi King
Mungkin belum kesemua cawangan menggunakan konsep penghantaran automatik ini, tapi menurut sumber, ia akan dipeluaskan ke 54 cawangan Sushi King seluruh negara. Memang dari awal 2020 lagi Sushi King dah memperkenalkan sistem ini.
Secara tak langsung, ia memastikan produktiviti berada pada tahap optimum selain mendorong inovasi teknologi. Dalam masa yang sama memberikan kegembiraan kepada para pelanggan yang berkunjung sambil memastikan makanan tetap segar dan panas dalam masa yang sama, mengurangkan interaksi face-to-face antara pelanggan dan pekerja.
3. Pengenalan E-Menu
Sebagai usaha Sushi King membawakan konsep ‘happy sushi place‘ untuk kesemua rakyat Malaysia, diorang ada perkenalkan e-menu yang lebih mesra pelanggan untuk kemudahan mereka yang dine-in terutamanya mereka yang berkeluarga.
Sumber: Sushi King
Difahamkan, e-menu ini bakal diperkenalkan di 116 cawangan Sushi King seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
4. Permainan Interaktif Mini
Selain pengenalan e-menu, kalau korang perasan, terdapat juga permainan interaktif mini yang boleh dimainkan oleh anak-anak dan pelanggan sementara membuat pesanan ataupun sementara menikmati sushi kegemaran.
Dalam masa yang sama, korang jugak berpeluang untuk menangi pelbagai ganjaran eksklusif.
5. Lebih 100 Cawangan
Kalau korang nak tahu, Sushi King mula bertapak di Malaysia sejak 1995 dan sehingga hari ini, diorang merupakan restoran makanan Jepun yang sentiasa membuat pembaharuan sesuai dengan permintaan dan secara berterusan berkembang dari generasi ke generasi datang.
Speak Your Mind