Apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia?
Tahukah anda, Facebook mempunyai ciri Kenalan Legasi (Legacy Contact) yang bertujuan untuk mewariskan akaun anda kepada orang lain apabila anda sudah tiada lagi.
- Melalui pewaris, mereka dibenarkan membuat yang berikut:
Menulis siaran yang dipinkan (pinned post) untuk profil anda seperti kongsi mesej akhir bagi pihak anda atau memberitahu atas pemergian anda - Kemas kini gambar profil dan muka depan (cover photo)
- Memohon Facebook memadam akaun anda
- Muat turun salinan tentang perkara yang telah anda kongsi di Facebook (jika anda menghidupkan ciri ini)
Perkara yang TIDAK BOLEH dilakukan oleh pewaris
- Log masuk akaun anda
- Baca mesej anda
- Mengalih keluar (remove) mana-mana rakan anda atau membuat permintaan menjadi rakan yang baharu
Ikuti cara bagaimana untuk anda mengaktifkan Kenalan Legasi seperti berikut :
- Pertama sekali, buka aplikasi Facebook, pergi ke menu (tiga garis), tekan Settings pada bahagian Settings & Privacy.
- Kemudian, pada bahagian Account, tekan Personal and account information>Account ownership and control>Memorialisation settings.
- Seterusnya klik Choose Legacy Contact. Setelah klik “Next”, anda perlu pilih mana-mana kenalan untuk dijadikan pewaris. Tidak kisah sama ada ahli keluarga atau rakan-rakan.
- Apabila selesai, anda boleh menghantar mesej padanya untuk memberitahu bahawa beliau telah dipilih menjadi pewaris akaun Facebook anda
Nota :
- Kenalan Legasi yang dipilih itu juga boleh diberikan akses (klik pada Data Archive Permission) untuk memuat turun salinan tentang perkara yang anda telah kongsikan di Facebook, seperti yang telah dinyatakan, melalui pewaris, mereka boleh.
- Anda turut boleh menukar Kenalan Legasi yang dipilih tadi dengan tekan “remove” dan pilih kenalan baharu.
Setiap dari kita akan merasai kematian, tanpa mengenal usia dan masa. Jadi, disarankan anda untuk membuat tetapan ini sekiranya masih belum berbuat demikian.
Speak Your Mind