Masalah kewangan merupakan masalah yang sering dihadapi ramai kerana kegagalan untuk merancang perbelanjaan bulanan dan ada yang masih tidak dapat membezakan antara keperluan dan kemahuan.
Hari ini, boleh dikatakan kita sering berdepan atau dengar keluhan-keluhan mereka yang terpaksa ‘mengikat’ perut sementara menunggu tarikh gaji akan datang dan selain daripada tekanan ekonomi ada pelbagai lagi perkara yang menyebabkan situasi tersebut berlaku.
Salah satu yang menjurus kepada keadaan ‘tak cukup duit’ ini adalah gaya hidup yang terlalu mengikut cara perbelanjaan kawan-kawan selain culas dalam beberapa perkara.Sumber: Gambar Hiasan
Cuba imbas kembali cara pengurusan kewangan korang, ada atau tidak buat perkara-perkara berikut:
1. Semak penyata bank
Penyata bank merupakan salah satu perkara yang korang boleh semak bagi mengetahui kemana ‘hilangnya’ duit korang setiap bulan. Baik dari pengeluaran mahupun pembelian terus menggunakan kad debit, semuanya akan tercatat di penyata bank.
2. Catat Perbelanjaan Bulanan
Perbelanjaan bulanan juga harus sentiasa dicatat supaya mudah untuk kita buat anggaran tahap ‘kesihatan’ atau baki duit yang masih ada pada kita setiap bulan. Setidaknya, kita boleh buat persediaan sekiranya memerlukan wang untuk tujuan kecemasan.
3. Terlebih Belanja
Ramai pakar kewangan menasihatkan supaya menggunakan formula 50/30/20 yang mana duit gaji 50 peratus guit gaji bersih digunakan untuk membayar segala jenis komitmen, 30 peratus lagi untuk perbelanjaan bulanan dan 20 peratus untuk simpanan.
4. Tak ikut bajet bulanan
Bajet bulanan ni sebenarnya ramai yang buat, tapi tak ramai yang mampu ikut seperti yang dirancang. Sudahnya, terguna duit yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan lain atau terguna duit simpanan.
Kalau perasan, perkara yang disebutkan semua berkaitan dengan cara pengurusan
kewangan dan biasanya, bila bersangkutan dengan perbelanjaan bulanan ini, kena disiplin yang tinggi dan komited dengan perbelanjaan yang dah ditetapkan.Sumber: BigPay
Salah satu cara yang mudah, min sarankan untuk guna aplikasi yang berkaitan dengan perbelanjaan, salah satu contoh yang ada adalah BigPay yang ada pelbagai fungsi seperti :
- ‘Budgeting tool’ yang mudah
- Boleh kelaskan perbelanjaan mingguan/bulanan ikut kategori
- Boleh buat pembayaran bil secara terus melalui aplikasi
- Pembahagian bil
- Tersedia pelbagai kemudahan seperti pembayaran bil, insurans, pemindahan antarabangsa
dan pelbagai lagi!
Speak Your Mind