
Sekumpulan saintis dari Jepun telah berjaya mencipta pelitup muka (facemask) bagi mengenalpasti individu yang membawa virus Covid-19.
Teknologi facemask terbaharu ini dilapisi dengan sel daripada burung unta dan akan bercahaya sekiranya terdedah dengan virus Covid-19 apabila disinari cahaya ultraviolet.

Memetik laporan Reuters, kumpulan saintis dari Kyoto Prefectural University mendapat idea inovasi ini berdasarkan kajian-kajian lalu berkenaan kekuatan daya tahan burung unta terhadap penyakit berjangkit.
Hasil daripada inovasi ini, pihak saintis berkenaan akan membangunkan usaha untuk membolehkan pelitup muka itu bercahaya sekiranya terkena Covid-19 tanpa perlu disinari dibawah cahaya ultraviolet.

Dengan teknologi terbaharu ini, kumpulan saintis tersebut berharap dapat membantu orang ramai dan jabatan kesihatan bagi mengawal virus Covid-19 dari terus merebak. Inovasi ini sangat penting bagi mengenalpasti mereka yang menghidapi Covid-19 tetapi tidak bergejala atau asymptomatic.
Sekiranya perkara ini berjaya, mereka akan memasarkan facemask ini bermula Julai 2022.
Sumber: Reuters