Ujian kendiri Covid-19 atau rapid test kit dikatakan mempunyai kebarangkalian tinggi untuk memberikan keputusan negatif yang tidak tepat terhadap varian Omicron. Hal ini disebabkan varian tersebut dikatakan sangat aktif bermutasi dari strain sebelum ini.
Perkara ini ditegaskan oleh Badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dalam satu kenyataan semalam.
Dalam kenyataan sama, FDA berkata mereka kini bekerjasama dengan Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat untuk mengkaji prestasi ujian kendiri, juga dikenali sebagai ujian antigen, terhadap sampel pesakit yang menghidap varian Omicron.
Sumber: Bloomberg
Data awal menunjukkan bahawa ujian kendiri memang mengesan varian Omicron, tetapi mungkin telah mengurangkan sensitiviti pada kit tersebut,” ujar agensi tersebut.
Buat pengetahuan semua, sensitiviti merupakan ukuran sejauh mana kemungkinan ujian dapat mengesan positif.
Sebelum ini, ujian yang pernah dibuat memberi fokus kepada sampel virus yang telah dinyahaktifkan oleh haba dan bukanlah sampel virus hidup. Melalui kaedah ini, penurunan dalam prestasi kit tersebut tidak dapat dikesan hinggalah sekarang.
Sumber: Imperial College
FDA turut menyatakan bahawa mereka akan terus membenarkan penggunaan ujian antigen yang masih lagi berguna untuk mengesan protein asas virus corona, di mana individu perlu menggunakannya dengan arahan tertentu.
Misalnya, ada beberapa ujian kendiri yang memerlukan penggunanya untuk mengambil ujian sama sebanyak dua kali dengan jarak masa tertentu. Perkara ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa pengguna itu benar-benar negatif.
Sekiranya ada individu yang diuji negatif melalui ujian kendiri, tetapi mempunyai simptom atau didedahkan secara terbuka dengan pesakit Covid-19, mereka digalakkan untuk mendapatkan ujian molekul lain seperti PCR.”
Ini kerana ujian PCR mengesan bahan genetik virus. Ia juga dikatakan lebih tepat kerana boleh membuat berjuta-juta salinan RNA virus, jadi jumlah yang kecil juga dapat dikesan.
Sumber: The Vibes
Speak Your Mind