Green Lab: Kafe Khas di Korea Untuk Pengunjung Yang Mahu Mengelamun Tanpa Gangguan

F2 Kafe Termenung

Walaupun Korea Selatan terkenal dengan drama dan artis K-Pop yang telah berjaya dikenali di seluruh dunia, namun negara ini tetap ada sisi negatifnya juga di mana sesetengah rakyatnya sangat stres akibat bekerja.

Oleh itu, terdapat sebuah kafe di mana pengunjungnya boleh termenung dan tak buat apa-apa tanpa sebarang gangguan walaupun bunyi telefon.

Menurut The Washington Post, kafe dengan konsep seumpama itu telah dibina berdekatan sebuah taman di Seoul dan apa yang membezakan kafe ini dengan kafe yang lain adalah kafe termenung ini hanya menerima 10 pengunjung pada satu-satu masa.

Kafe Termenung 2

Sumber: Michelle Ye Hee Lee/The Washington Post

Ini adalah untuk memastikan pengunjungnya dapat fokus dan relax tanpa sebarang gangguan. Di sini juga, semua pengunjung perlu meletakkan telefon pintar mereka dalam mod senyap.

Mereka juga tidak dibenarkan untuk bercakap agar sebarang gangguan dapat diminimalkan.

Kafe yang diberi nama Green Lab itu semakin mendapat tempat di hati masyarakat Korea terutamanya dengan pandemik Covid-19 ini.

Pengunjung boleh memesan teh dan sambil menikmati minuman kegemaran, mereka juga boleh membaca buku, menulis jurnal ataupun hanya merenung dan melihat pemandangan tenang di luar kafe yang dipenuhi dengan kehijauan pokok-pokok.

Salah seorang staf kafe yang dikenali sebagai Bae Hyun berkata, Green Lab merupakan tempat di mana sesiapa sahaja boleh datang dan menenangkan diri mereka daripada kesibukan kehidupan di kota.

Difahamkan juga, konsep kafe seumpama ini juga dah semakin meluas kerana sebuah kafe dengan konsep yang sama juga dibuka di Pulau Ganghwa iaitu Mung Hit.

Ada sesiapa nak bukak kafe konsep termenung ni tak di Malaysia ni? 

Sumber: The Washington PostInstagram @greenlab_seoulforest

Speak Your Mind

*