Tidak semua orang memiliki bakat dan kemahiran untuk menghasilkan karya seni dan nilai sesuatu karya itu bernilai bagi pengkarya dan juga mereka yang menghargai hasil seni.
Akan tetapi, masih ada yang tidak menghargai sesuatu karya dan artist. Mana tidaknya, masih ada yang ingin mendapatkan karya secara percuma tanpa mengambil kira usaha dan titik peluh pengkarya tersebut.
Menerusi perkongsian Sue Anna Joe di Twitter miliknya, terdapat PR Agency yang menghubunginya di Facebook dan ingin beliau untuk lukis doodle pada 80 beg kertas sempena pelancaran produk baru syarikat terkemuka tanpa pembayaran.
Menerusi perkongsian tersebut, kita dapat lihat agensi tersebut memberikan tawaran untuk beliau dan sebuah syarikat terkemuka berkolaborasi. Jika beliau bersetuju dengan tawaran yang diberikan, bahan-bahan yang diperlukan oleh beliau akan disediakan pihak tersebut.
Malah, pihak agensi mengatakan akan memberikan kredit kepada beliau atas rekaan pada beg kertas jika bersetuju. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa akan menerima tawaran tersebut jika disertakan dengan pembayaran.
Bukanlah mudah untuk mencari idea dan menghasilkan karya terbaik. Pastinya hasil seni seperti ini wajar untuk dibayar dan apa pula pandangan anda terhadap isu ini?
Speak Your Mind