Hanya Menggunakan Honda RS150R, Perjalanan 4 Bulan Pasangan Ini Ke Paris Raih Perhatian Netizen

Siapa yang tidak suka melancong? Kebiasaannya ramai akan memilih untuk menaiki pengangkutan awam seperti kapal terbang, bas, keretapi dan sebagainya untuk memudahkan perjalanan.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kapcaipackers telah berkongsi pengalamannya melancong ke kota Paris bersama isteri dengan menaiki motosikal Honda RS150R. Menurutnya, perjalanan dari Malaysia ke Paris mengambil masa selama 4 bulan sebelum penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Selain Paris, dia dan pasangan juga pernah merantau ke beberapa buah negara lain seperti Rusia dan London dengan menaiki motosikal. Menariknya, pihak Honda memberi hadiah motosikal secara percuma kepadanya selepas tamat misi perjalanan ke kota London dan turut menawarkan khidmat servis motosikal secara percuma seumur hidup.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan lelaki tersebut bersama isteri melancong dengan manaiki motosikal. Malah, ada juga netizen bertanyakan tips kepadanya untuk cuba melancong dengan menaiki motosikal.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut memuji dia dan pasangan yang melancong menggunakan motosikal. Ketika artikel ini ditulis, kisah perjalanan mereka yang menakjubkan itu meraih kebih 4 juta tontonan dan lebih 600 ribu tanda suka.

Speak Your Mind

*