Lain daripada yang lain! Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada sebuah kedai di Indonesia yang menawarkan menu unik dengan menggunakan bahan mi segera jenama Indomie.
Pioneer Indomie Cake Indonesia mula tular di media sosial apabila kedai ini menawarkan kek kahwin dengan menggunakan Indomie sepenuhnya, meskipun kek kahwin kebiasaannya dihiasi dengan krim dan rekaan yang cantik.
Bukan itu sahaja, kedai ini juga pernah menjual kek sempena hari jadi dengan menggunakan bahan Indomie. Uniknya, kek Indomie tersebut diletakkan isi ayam, hirisan keju dan hiasan lilin seperti kek hari jadi yang biasa. Boleh cuba ni!
Tidak cukup dengan itu, kedai unik ini turut menjual donat. Sama juga seperti kek, donat ini turut dibuat dengan menggunakan bahan mi segera jenama Indomie
Difahamkan, donut yang dijual hadir dalam dua variasi menu iaitu donat goreng dan donut biasa. Donut biasa ialah mi segera yang dibentuk menjadi seperti donut. Nampak sedap, kan?
Umum mengetahui mi segera jenama Indomie sangat terkenal di Indonesia. Mungkin ini adalah faktor yang membuatkan kedai ini mencipta resepi kek dan donat dengan menggunakan bahan Indomie.
Jika kek dan donat Indomie ni dijual di Malaysia, ada yang berani cuba tak?
Speak Your Mind