Kesan Gigitan Pada Badan Jerung Gergasi Cetus Tanda Tanya, Haiwan Apa Yang Gigit?

Cats 2

Seorang penyelam, Jalil Najafov membuat satu penemuan menggemparkan apabila lelaki berusia 40 tahun ini menemui ikan jerung putih sepanjang 15 kaki (kira-kira 4.5 meter) dengan kesan gigitan besar pada badannya.

2

Sumber: The Sun

Jalil yang berasal dari Azerbaijan berkata, dia terkejut melihat kesan gigitan pada jerung tersebut dan dia tidak pernah menemui perkara seperti ini seumur hidupnya.

“Saya telah bekerja dengan ikan jerung selama beberapa tahun, dan saya tidak pernah menemui kesan gigitan sebesar itu!” jelas Jalil kepada sumber.

Sambung lelaki ini, gambar-gambar tersebut diambil ketika dia sedang menyelam di kawasan Isla Guadalupe, Mexico. Tidak pasti apa yang menggigit ikan jerung tersebut, namun kesan gigitan itu besar dan menakutkan.

3

Sumber: The Sun

5

Sumber: The Sun

4

Sumber: The Sun

Jalil kemudiannya menemui dua orang pakar berkenaan haiwan pemangsa tersebut untuk meminta pendapat, dan kedua-duanya memberi kesimpulan yang sama.

“Selepas menghantar gambar itu kepada Dr. Tristan Guttridge, beliau menolak andaian ia adalah luka ketika mengawan. Manakala Michael Domeier berpendapat ia adalah kesan gigitan daripada jerung lain”, ujar Jalil.

Sehingga kini, gambar ikan jerung tersebut menjadi perdebatan hangat di media sosial selepas Jalil memuat naik gambar tersebut di Instagram.

Speak Your Mind

*