Seorang lelaki Australia baru-baru ini mendakwa dirinya ‘terperangkap’ di Israel sejak tahun 2013 lagi dan tidak benarkan keluar dari negara tersebut selama 8,000 tahun akan datang selepas isterinya memfailkan penceraian.
Semenjak Isterinya yang merupakan warganegara Israel telah memfailkan penceraian, Noam Huppert, 44, secara rasmi dilarang untuk tinggalkan Israel sehingga 31 Disember 9999 kecuali dia membayar lebih daripada USD 3 juta (RM12,549,000) untuk nafkah anak-anaknya di masa depan. Uish gilalah!
Sumber: mStar
Menurut mStar, Huppert berkata, dia salah seorang daripada ribuan lelaki warga asing yang jadi mangsa undang-undang penceraian yang digelar sangat ‘kejam dan keterlaluan’ oleh hak asasi manusia.
Huppert yang bertugas sebagai ahli kimia analitik di sebuah syarikat farmaseutikal telah berpindah ke Israel pada 2012 untuk tinggal lebih dekat dengan anak-anak yang masih kecil.
ADVERTISEMENT
Sumber: Gambar hiasan
Tapi dek kerana jodoh tak panjang dengan isterinya, mereka bercerai di mahkamah Israel yang kemudian mengeluarkan perintah ‘stay-of-exit’ terhadapnya kerana ‘hutang nafkah masa depan’ sebanyak 5,000 shekel Israel sebulan sehingga anak-anaknya berusia 18 tahun.
Dia dikehendaki melunaskan keseluruhan ‘hutang’ itu jika mahu meninggalkan Israel walaupun dengan tujuan untuk bercuti ataupun bekerja.
Memang kaw-kaw strict. Kalau tak bayar memang tak boleh ke mana lah ceritanya. Duduk Israel sampai hujung nyawa.
Speak Your Mind