Vending machine atau lebih dikenali dengan nama mesin gedegang dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya mudah dijumpai di negara kita. Kebanyakan tempat awam seperti hospital atau kawasan universiti dan sekolah memang ada sediakan mesin ni.
Selain itu, mesin ini juga turut terkenal di Jepun dan di negara matahari terbit tu, dorang bukan setakat jual air je dalam vending machine ni, mi soba dan produk kecantikan pun ada tau!
Namun, kali ini ada sebuah mesin gedegang yang dibuat khas untuk individu single supaya korang tak akan sunyi lagi. Menurut Sora News 24, mesin yang diletakkan di Tokyo itu telah menjual tin cinta di mana ia tidak mengandungi minuman sebaliknya ada umur individu tertera pada tin.
Dalam gambar vending machine yang tular di Twitter baru-baru ini, dapat dilihat terdapat dua warna tin dalam mesin tersebut dan difahamkan, tin warna merah jambu mewakili kaum wanita yang sedang mencari cinta manakala warna kuning air pula ialah kaum lelaki yang mencari pasangan.
Dengar kata, perkhidmatan cari pasangan melalui mesin layan diri ini telah disediakan oleh sebuah syarikat perkhidmatan cari jodoh yang dikenali sebagai Matching Advisor Press (MAP).
Sumber: Twitter @kumonnojuza
Setiap tin pula dijual dengan harga 3,000 yen (lebih kurang RM108). Fuh, mahal jugak harganya, boleh berpeluh time nak bayar ni.
Dalam tin tersebut katanya bukan ada nombor telefon wanita atau lelaki sebaliknya ada baucar temu duga selama 1 jam bersama penasihat MAP. Penasihat itu dikatakan akan tengok dulu sama ada anda sesuai atau tidak dengan individu bujang yang anda telah beli tinnya.
Kalau sesuai dan sepadan, barulah penasihat tadi akan aturkan makan malam untuk anda dan individu itu namun makanan dan minuman ketika temu janji tersebut haruslah dibayar sendiri oleh anda.
ADVERTISEMENT
Korang yang single tu boleh lah cuba beli tin cinta ni, mana lah tahu, mungkin jodoh korang sebenarnya ada kat Jepun.
Speak Your Mind