Pakar Dakwa Teori Varian Omicron Beri Kesan Lebih Ringan, Boleh Jadi Imuniti Semula Jadi?

Fi Varian

Pejam celik- pejam celik, korang sedar tak kita sebenarnya dah dekat dua tahun lebih dah hidup dengan virus Covid-19 ni? Bermacam-macam varian dah yang muncul dan yang paling popular sekarang ni, varian Omicron.

Namun, dikatakan ada berita baik yang telah dikongsikan oleh beberapa pakar baru-baru ini berkaitan dengan varian Omicron yang menular ini!

Ada teori yang menyatakan bahawa varian Omicron Covid-19 mampu bertindak sebagai ‘vaksin semula jadi’ serta dapat mempercepat perubahan fasa pandemik kepada endemik.

Menurut ahli Virologi dari Universiti Reading, Profesor Ian Jones berkata varian ini dilihat boleh memberi imuniti kepada orang ramai disebabkan kesannya yang lebih ringan dan mudah berjangkit.

“Sekiranya benar bahawa kesan varian itu lebih ringan, maka suntikan vaksin hanya diperlukan untuk golongan warga emas ketika musim sejuk,” kata Profesor Ian.

Beliau juga menambah, gejala selesema akibat varian tersebut bagi individu yang cergas dan sihat pula tidak menimbulkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian seperti varian-varian yang lain. Malah, sekiranya dijangkiti, pesakit boleh menerima imuniti tanpa menyebabkan kesan yang serius.

Miliki risiko lebih rendah berbanding varian Delta

Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini, varian Omicron dikatakan telah menunjukkan kesan yang lebih ringan berbanding varian lain.

“Risiko kemasukan ke hospital bagi varian Omicron adalah 50% hingga 70% lebih rendah berbanding varian Delta,” menurut Laporan rasmi pertama Britain.

Profesor Ian berkata lagi, jika varian Omicron ini terbukti lemah dan masyarakat sedang beralih ke fasa endemik, maka versi varian baharu akan datang nanti berkemungkinan lebih ringan dan vaksinasi bagi golongan dewasa yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi bakal berkurangan.

Semoga teori daripada Prof Ian ni tepat lah…so boleh lah kita hidup macam dulu, takpayah pakai mask lagi, tak payah jaga SOP dah…

Speak Your Mind

*