“Phone pun boleh cas sekali” – McDonald’s China Perkenal ‘Kerusi Basikal’, Galak Pelanggan Bakar Kalori Sambil Makan

2Mcd

Bila sebut McDonald’s mesti kita terbayang burger, aiskrim ataupun ayam goreng kan. Kalau dapat makan memang sedap dan puas hati, tapi tak boleh makan selalu sebab kalori tinggi.
https://babbccd5cd119994559da13fda59bf80.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Menyedari perkara itu, McDonald’s China memperkenalkan ‘kerusi basikal’ untuk pelanggannya di restoran makanan segera itu. Menurut laporan Oddity Central, rangkaian makanan segera di China itu telah menggantikan kerusi normal di restorannya dengan ‘kerusi basikal’ bagi menggalakkan orang ramai bersenam.

Screenshot 2022 01 01 At 8.55.39 Am

Usaha itu dimulakan di sebuah restoran McDonald’s di Guangdong, China. McDonald’s China memberitahu sumber yang mereka telah menempatkan 10 ‘kerusi basikal’ di kedua-dua restoran McDonald’s di Guangdong dan Shanghai.

‘Kerusi basikal’ ini dikenali dengan nama Green Charging Bikes yang direka menggunakan bahan plastik kitar semula. Selain membakar kalori, kerusi ini juga membolehkan pelanggan yang mengayuh untuk mengecas telefon pintar dengan menggunakan tenaga berdasarkan kayuhan mereka.

Screenshot 2022 01 01 At 8.55.24 Am

Speak Your Mind

*