Semakin hari, teknologi di sekeliling kita semakin maju, menjadikan urusan harian kita sebagai manusia lebih mudah dan teratur. Malah dulu pun pasti ada yang tidak menyangka satu hari nanti kita akan memiliki peranti yang boleh dikawal hanya dengan tolakan jari sahaja.
Baru-baru ini, Reuters melaporkan seorang professor di Jepun berjaya mencipta sebuah prototaip kepada skrin televisyen yang mampu menghasilkan rasa makanan sebenar apabila dijilat. Dengan ini, penonton dapat merasai makanan tersebut seperti di dunia nyata.
Dikenali dengan nama Taste The TV (TTTV), inovasi tersebut menyertakan sebanyak 10 tin perasa berbeza di bahagian atas skrin yang kemudiannya akan disembur campuran tersebut berdasarkan rasa makanan yang dipilih pengguna melaluinya
.
Sumber: Reuters
Campuran perasa itu disemburkan pada lapisan filem yang bersih di atas skrin TV rata tersebut untuk dijilat oleh penontonnya. Lebih menarik, lapisan filem itu boleh diganti untuk memastikan kebersihan dikawal pada tahap yang sepatutnya sewaktu penggunaan.
Menurut Homei Miyashita selaku pencipta kepada inovasi tersebut, ini merupakan jenis teknologi yang diperlukan untuk menggalakkan orang ramai lebih berhubung dengan dunia luar, terutamanya pada era penularan Covid-19 ini.
Sumber: Reuters
Matlamat utamanya adalah untuk membolehkan orang ramai merasai sesuatu seperti makan di restoran di serata dunia walaupun semasa tinggal di rumah”
Professor dari Universiti Meiji itu mengusahakan peranti tersebut bersama pasukan yang terdiri daripada 30 orang pelajar. Mereka turut menghasilkan beberapa inovasi lain yang melibatkan deria rasa seperti garfu yang menaikkan lagi rasa makanan.
Miyashita turut memaklumkan bahawa dia telah membangunkan peranti itu sejak tahun lepas lagi, dan menganggarkan prototaip bagi versi komersial akan memakan kos sekurang-kurangnya 100,000 Yen (lebih kurang RM3,675) bagi setiap unit.
Antara penggunaan lain peranti ini selain merasai makanan adalah mencuba resepi baru, pembelajaran jarak jauh bagi tukang masak dan membuat kuiz.
Miyashita juga berharap untuk membuat platform di mana rasa kepada makanan dari seluruh dunia boleh dimuat turun dan dinikmati oleh pengguna, seperti muzik.
Makin lama makin advanced teknologi sekarang! Lepas ni jangan pelik lah kalau nampak ada orang yang dah mula jilat TV diorang.
Speak Your Mind