Sekiranya ada yang berpendapat ninja hanyalah watak mitos yang dibuat-buat, lelaki Jepun ini membuktikan ninja wujud walaupun di era moden ini.
Genichi Mitsushashi menghabiskan masa 2 tahun mengasah bakat seni bela diri dan mempelajari sejarah tradisi ninja untuk menjadi individu pertama di Jepun menjadi lulusan pengajian ninja.
Beliau yang berusia 45 tahun tersebut menghabiskan pengajian beliau di Mie University. Selain mempelajari sejarah ninja di kelas, Genichi juga hidup seperti seorang ninja sebenar. “Dalam pembacaan saya, ninja bekerja sebagai petani di pagi hari dan belajar seni bela diri di petang hari,” kata Genichi.
Menurut Genichi, walaupun ninja dikenali sebagai pembunuh upahan, mereka juga individu yang hebat dalam survival skills. Mie University adalah universitiy pertama yang membuat kajian khusus tentang ninja pada tahun 2017 dan membuka kelas mengenainya setahun kemudian.
Mie University terletak di wilayah Iga, 350KM dari Tokyo; sebuah kawasan berbukit yang menjadi tempat asal-usul ninja di Jepun.
Yuji Yamada, profesor yang bertanggungjawab dalam pengajian ninja di universiti berkenaan terkejut dengan komitmen Genichi yang kini hidup seperti ninja sebenar di samping mempelajari ilmu tentang ninja.
Sebelum seseorang pelajar dibenarkan untuk mengambil pengajian ini, mereka terlebih dahulu perlu lulus ujian sejarah Jepun dan boleh membaca dokumen berkenaan ninja.
“Terdapat 3 pelajar menyertai program ini setiap tahun dan kami turut menerima permintaan dari luar negara. Perlu diingatkan program ini cuma mengajar tentang ninja, bukan menjadi seorang ninja” kata Yuji.
Genichi yang sebelum ini membantu perniagaan keluarganya sebagai penyelenggaraan bangunan di Osaka, pindah ke wilayah Iga ada musim bunga 2018, di mana dia bertekad untuk mempelajari ninja dan melakukan pertanian kampung di pergunungan.
Beliau mendaftar di universiti tersebut dan membeli sebuah rumah kayu dua tingkat di mana beliau menanam padi dan sayur di ladang untuk kegunaannya sendiri. Beliau juga membaiki sebuah gudang untuk dijadikan ‘dojo’ dan mengajar teknik ninja serta kemahiran bertempur.
Jadi, Genichi kini sah menjadi seorang ninja yang diperakui. Sekiranya anda berniat untuk menjadi ninja, anda boleh menuntut ilmu secara terus dengan Genichi di Jepun nanti.
Speak Your Mind