Jatuh Murtad Jika Ingkar Tunaikan Zakat? Ini Penjelasannya

Ingkar tunaikan zakat

BERCERITA tentang bab zakat, ramai masih menyangka ia hanya melibatkan pembayaran zakat fitrah yang dibayar pada bulan Ramadan semata-mata.

Sedangkan hakikatnya, terdapat zakat lain yang perlu ditunaikan iaitu zakat harta. Ia merangkumi zakat pendapatan, perniagaan, wang simpanan, emas, perak dan banyak lagi.

Sesungguhnya, kewajiban berzakat merupakan satu kefarduan daripada ALLAH SWT yang wajib ditunaikan mengikut syarat-syarat yang digariskan dalam Islam.

Pendakwah Mohd Erfino Johari menegaskan, jumhur ulama bersepakat andai sesiapa mengingkari Rukun Islam keempat itu, hukumnya dikategorikan sebagai kafir dan murtad.

MOHD ERFINO

”Begitupun, bagi orang Islam yang tidak menunaikan zakat, tetapi meyakini dan percaya dengan kewajipan serta kefarduan zakat, maka mereka digolongkan oleh para ulama sebagai kelompok yang fasik.

“Ketahuilah, golongan itu berada di dalam kategori dosa besar. Mohonlah agar diri kita dijauhkankan daripada kumpulan ini. Ini kerana orang yang berdosa besar akan dicampakkan ke dalam api neraka,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video Kapsul Imarah Masjid Selangor bertajuk Zakat Menjauhkan Azab yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Jabatan Agama Islam Selangor baru-baru ini.

Ujar agamawan itu, perihal berkenaan azab bagi mereka yang memungkiri zakat itu ada dinyatakan di dalam al-Quran al-Karim.

Firman ALLAH SWT: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan ALLAH, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah at-Taubah, ayat 34-35)

Berdasarkan dalil tersebut, ujar Mohd Erfino, bait suci kalam ALLAH yang menjelaskan pernyataan tentang perkhabaran itu sebenarnya berbentuk sindiran pedas dan tajam serta sinikal kepada golongan yang mengingkari zakat.

“Khabar yang dimaksudkan bukanlah berita gembira dan menyeronokkan, tetapi ia adalah azab yang pedih.Ingkar tunaikan zakat

ZAKAT merupakan Rukun Islam keempat yang difardukan ke atas setiap umat Islam.

“ALLAH SWT menyatakan dalam kalam-NYA bahawa kelompok yang tidak menunaikan ibadah fardu berkenaan akan diselar dengan emas dan perak kepunyaannya itu. Harta benda tersebut akan lebur dibakar sebelum diselar pada dahi, bahagian rusuk dan belakang badan mereka,” terangnya.

Justeru, beliau menitipkan pesan agar semua umat Islam tidak melupakan tanggungjawab masing-masing dalam perihal menunaikan zakat.

Ingatlah, zakat merupakan antara hak ALLAH SWT yang tidak boleh digugurkan begitu sahaja.

Foto: Bernamahttps://cdn.vuukle.com/widgets/powerbar.html?

Speak Your Mind

*