7 Tip Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Pengguna Air Fryer

Tip Air Fryer

7 Tip Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Pengguna Air Fryer.

Sebut sahaja tidak menggunakan minyak, orang akan bayangkan makanan itu lebih sihat. Anda boleh masak apa sahaja tanpa minyak tetapi ianya masih sedap. Itulah kegunaan air fryer yang sangat dicari-cari oleh ramai ketika ini.

Kajian menunjukkan air fryer membolehkan pengguna menikmati hidangan masakan yang popular seperti ayam goreng dan kentang goreng yang mampu mencapai pengurangan kandungan lemak sehingga 80% kerana ia tidak menggunakan minyak. Bahkan menghasilkan makanan yang sama seperti deep fried.

Penggunaan air fryer ini semakin hari semakin mendapat tempat bagi setiap dapur di Malaysia. Seolah-olah menjadi peralatan dapur yang wajib ada sama seperti periuk nasi.

Ini merupakan antara tip yang anda perlu tahu bagi bakal pengguna atau pengguna AF tidak kira apa-apa jenama.

1. Pilih Air Fryer mengikut keperluan dapur

Ada pelbagai saiz dan bentuk AF di pasaran. Jika anda dapat mencari AF yang bersesuai dengan ciri-ciri yang anda mahu, pastinya penggunaanya dapat digunakan secara optimum.

Maksudnya, jika anda tinggal berseorangan atau masih bujang, mungkin anda hanya perlu dapatkan saiz AF yang kompak sahaja. Jika anda mempunyai keluarga yang besar, mungkin saiz yang besar anda boleh dapatkan supaya lebih mudah untuk masak dengan kuantiti yang banyak untuk seisi keluarga.

2. Masak makanan beku (frozen) tanpa nyah beku (defrost)

Ini membuatkan masa memasak anda menjadi lebih singkat dan mudah. Cara, pastikan lauk tersebut perlu diperap terlih dahulu sebelum dibekukan.

Apabila mahu memasak, keluarkan dari peti sejuk beku terus masukkan ke dalam bakul AF tanpa nyah beku terlebih dahulu. Suhunya pula perlu tambah dalam 10-15 minit daripada suhu biasa kita masak.

3. Nak lebih rangup perlu tambah sedikit minyak

Ya, walaupun penggunaan AF ini adalah untuk elak daripada memasak menggunakan minyak, tetapi jika anda mahu sesuatu makanan bergoreng itu lebih rangup, perlu tambah sedikit minyak semasa proses masakan.

Tak perlu letak minyak banyak, hanya sekadar ada sahaja untuk makanan itu nampak lebih menyelerakan. Anda boleh guna sapuan minyak atau spray pada makanan.

Tip Air Fryer

4. Goncang bekas AF ketika proses gorengan

Jika anda masak makanan bergoreng dalam kuantiti banyak misalnya kentan, nugget dan sosej, perlu goncang atau gaul makanan itu ketika proses memasak untuk menjadi ia lebih rangup dan lebih sekata.

Keluarkan bekas fryer tersebut, goncang-goncang sedikit, dan masukkan semula dan sambung goreng semula.

5. Boleh masak beberapa jenis makanan secara serentak

Perkakas dapur ini juga boleh memasak serentak beberapa jenis makanan dalam satu bakul. Tipsnya, buat pembahagi antara makanan (guna akseseori AF) atau pun baking paper/daun pisang atau apa sahaja yang boleh kita gunakan sebagai partition untuk elak bercampur.

Contohnya kita boleh masak ikan bilis,kacang tanah dan telur serentak dalam satu bakul AF.

6. Turut berfungsi sebagai pemanas makanan

Selain gelombang mikro, kita juga boleh panaskan makan menggunakan AF. Caranya, jika makanan bergoreng seperti karipap, pisang goreng yang dah sejuk atau apa-apa makanan yang dah lemau, masukkan terus ke dalam AF nanti makanan itu akan kembali rangup dan garing.

Jika makanan itu jenis berkuah, masukkan dalam bekas/loyang/tiffin terlebih dahulu dan baru panaskan dalam AF.

7. Masuk Group Facebook

Sertai dan bergabung dengan group facebook untuk ketahui lebih banyak tips, perkongsian pengalaman dan resepi daripada pengguna-pengguna air fryer lain seluruh Malaysia. Anda boleh sertai group Resepi Air Fryer Malaysia. Banyak informasi yang dikongsikan oleh ahli di dalam group tersebut.

Sumber: MyforkinglifeResipiAirFryer

Speak Your Mind

*