Deprecated: Function add_custom_background is deprecated since version 3.4.0! Use add_theme_support( 'custom-background', $args ) instead. in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6078
Cara Pilih Dan Simpan Kurma Agar Tahan Lama | Stop Being Busy

Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Cara Pilih Dan Simpan Kurma Agar Tahan Lama

Cara Simpan Dan Pilih Kurma Tahan Lama
Sumber: FMT

Lebih kurang sebulan lagi umat Islam akan menyambut Ramadan dan mula menunaikan ibadah puasa.

Berita baik untuk tahun ini, kerajaan bersetuju untuk membenarkan penganjuran bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat terawih sepanjang bulan Ramadan, namun dengan prosedur SOP yang ketat, memandangkan tahun lalu kita tidak dapat merasai pengalaman sebegitu.

Rukun Islam ketiga ini sememangnya ditunggu-tunggu bukan sahaja demi mengumpul pahala dan ganjarannya malah dengan menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara yang membatalkan, puasa juga terbukti baik untuk kesihatan.

Dan setiap kali menjelang Ramadan pasti akan kedengaran di corong radio dan siaran televisyen iklan kurma yang merupakan makanan sunnah setiap kali berbuka puasa.

Setiap buah kurma yang dijual di Malaysia mempunyai tekstur yang berbeza-beza. Sudah tentu, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan semasa membeli dan menyimpan buah tersebut agar boleh tahan lebih lama.

Cara Simpan Dan Pilih Kurma Tahan Lama

Cara pilih dan simpan kurma agar tahan lama

1. Lihat pada tekstur buah

Buah kurma yang masih segar mempunyai tekstur yang kenyal meskipun kulitnya nampak berkerut. Selain itu, kurma yang masih berkualiti akan kelihatan padat dengan permukaan kulit yang sedikit berkilat.

Jika kurma tersebut mempunyai kristal gula terbentuk pada permukaan kulitnya, ia satu petanda bahawa buah itu tidak lagi segar.

2. Aroma

Jika kurma yang anda lihat mengeluarkan bau yang masam dan tajam, usah beli. Ini menandakan bahawa kurma tersebut sudah disimpan agak lama dan kurang bermutu.

3. Simpan dalam peti sejuk

Satu cara menyimpan kurma agar tahan lebih lama adalah membekukannya dalam peti sejuk. Tidak perlu khuatir, kerana buah tersebut tidak akan berubah rasa mahupun teksturnya jika disimpan dengan cara itu.

Anda hanya perlu menunggu sebentar selepas mengeluarkannya dari peti sejuk sebelum memakannya.

Satu lagi cara adalah untuk merendamkan kurma yang disimpan dalam peti sejuk itu, ke dalam air suam agar ia kembali lembut.

4. Simpan dalam bekas kedap udara

Jika anda mempunyai kurma kering dan ingin cara paling ringkas untuk menyimpannya, simpan sahaja dalam bekas kedap udara. Kurma kering boleh bertahan hingga tiga bulan jika disimpan dengan cara itu.

Namun jika anda ingin rasa lebih selamat, seeloknya simpanlah dalam peti sejuk.

Nak latih anak berpuasa seawal usia 5 tahun, boleh ikuti cara Angkasawan Negara ini.

Sumber: Mediacorp

Speak Your Mind

*