Cara Sejukkan Rumah Ketika Cuaca Panas Terik Tapi Bil Elektrik Tetap Jimat

Cara Sejukkan Rumah Cuaca Panas

Cara Sejukkan Rumah Ketika Cuaca Panas Terik Tapi Bil Elektrik Tetap Jimat.

Bahang panas kembali dirasai di sekitar Malaysia disebabkan negara ketika ini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Oleh itu, sepanjang tempoh cuaca panas ini elakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dan aktiviti di luar rumah.

Ia bagi mengelakkan berlakunya masalah dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Dalam situasi ini, bukan semua mampu menyediakan penyaman udara di kediaman masing-masing. Tambahan pula, buat masa ini perlu berjimat-cermat dalam perbelanjaan.

Mungkin anda boleh cuba cara DIY yang cukup mudah untuk sejukkan ruang di dalam rumah tanpa perlu berbelanja banyak.

Cara Sejukkan Rumah Cuaca Panas
Sumber: Twitter

Menerusi laman Tiktok Rider KL ini menunjukkan cara untuk sejukkan bilik tanpa menggunakan penyaman udara.

Apa yang menariknya, anda hanya menggunakan kipas berdiri dan halakan ke luar tingkap.

Katanya, cara begitu dapat menyejukkan lagi ruang bilik.

Cara lain pula, pengguna TikTok @sam.southall02 memberitahu tutup semua pintu dan tingkap di ruangan yang kita mahu sejukkan.

Kemudian, letakkan sebotol air beku besar di belakang kipas. Tapi, ada juga menyarankan untuk menggunakan pek ais kerana botol air boleh pecah akibat ais mengembang ketika membeku.

Selamat mencuba!