Cuaca Panas Ekstrem Buatkan Ikan Dalam Sungai Bagaikan Direbus Hidup-Hidup

Cuaca Panas Ikan Direbus Hidup-Hidup
Sumber: The Guardian

Cuaca Panas Ekstrem Buatkan Ikan Dalam Sungai Bagaikan Direbus Hidup-Hidup.

Bermula awal Julai, gelombang haba telah melanda Kanada dan Amerika Syarikat (AS) sehingga meragut sejumlah nyawa dengan angka itu meningkat dua kali ganda hanya dalam tempoh sejam.

Cuaca panasa ekstrem turut melanda Pacific Northwest baru-baru ini telah menyebabkan sejumlah ikan salmon yang biasanya hidup di perairan bersuhu sejuk bagaikan ‘direbus hidup-hidup dalam air panas’.

Berdasarkan video pemantauan yang dilakukan oleh kumpulan pemuliharaan, Columbia Riverkeeper pada 16 Julai lalu menunjukkan sejumlah ikan salmon jenis sockeye di Sungai Little White Salmon, di sini mengalami kecederaan pada badan.

Kulit sejumlah ikan salmon di sungai itu dilihat ‘tercabut dan terkoyak’, selain muncul kulat putih pada badan ikan itu, dipercayai akibat suhu air yang panas.

Don Sampson dari Northwest Tribal Salmon Alliance memberitahu, salmon sockeye di Sungai Columbia semakin ‘nazak’ dan banyak yang mati.

Cuaca Panas Ikan Direbus Hidup-Hidup
Sumber: The Guardian

“Ikan-ikan salmon ini seperti ‘direbus hidup-hidup’ dalam air sungai yang suhunya tinggi.

“Ikan-ikan ini bagaikan tiada pilihan. Hanya perlu mampu melepasi suhu sepanas ini atau mati.” katanya.

Ketika rakaman video itu dilakukan, suhu air sungai tersebut direkodkan setinggi 21 darjah Celsius dan boleh menyebabkan kematian kepada ikan sekiranya terdedah lama dalam suhu tersebut.

Bagi pihak pemasaran, belum pernah terjadi gelombang haba seperti ini dalam 15 tahun terakhir.

Sumber: The Guardian