Elak Tertipu, Ini Tip Nak Dapatkan Lemang Elok Dari Pakar

Tip Beli Lemang

Tip beli lemang elok dari pakar.

Acap kali tibanya Ramadan dan Syawal, hidangan lemang pastinya tidak asing sebagai menu santapan istimewa yang selalunya tidak dijual pada hari biasa dan jika ada pun, pengalaman itu berbeza ketika menjamahnya.

Penghujung Ramadan ini ramai sudah mula menempah lemang untuk persiapan juadah apabila tibanya musim perayaan.

Walaupun perayaan tahun ini masih tidak semeriah tahun-tahun sebelum pandemik melanda, juadah lemang tetap menjadi keutamaan masyarakat dengan inisiatif terkini yang mana orang ramai boleh membeli atau menempah lemang secara dalam talian.

Bagi mereka yang diberi peluang membeli lemang di tepi jalan, pasti tidak senang duduk untuk mencari gerai lemang terbaik dan sedap.

Mana tidaknya, ada juga yang setelah dibeli dan apabila dibawa pulang, lemang tersebut telah basi, mentah sehingga tidak boleh dimakan.

Berikut merupakan beberapa tip untuk mengelakkan diri daripada tertipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab menjelang Aidilfitri ini.

Tip Beli Lemang

1. Pilih gerai yang bakar lemang dengan kayu banyak

Kaedah ini menunjukkan lemang tersebut dibakar dan dimasak di situ kerana segelintir penjual akan memasak atau kukus di tempat lain dan hanya meletakkan lemang di gerai seperti baru sahaja dimasak.

2. Cari lemang saiz sederhana

Lemang yang sempurna adalah lemang yang bersaiz sederhana. Jika membeli lemang bersaiz besar akan cenderung untuk tidak masak dan mentah dibahagian tengah. Manakala lemang yang bersaiz kecil pula akan mudah garing dan keras setelah dibakar.

3. Minta penjual belah bahagian bawah lemang

Minta penjual untuk membelah bahagian bawah lemang. Kebiasaannya penjual hanya akan membelah bahagian atas dan ditunjukkan kepada pelanggan. Namun apabila dibawa pulang, lemang tersebut tidak masak sepenuhnya.

4. Jangan beli lemang yang dibakar guna kayu pallet

Abu kayu pallet amat bahaya untuk kesihatan. Lagipun, kayu pallet telah disalut dengan bahan kimia bagi mengelakkan dimakan anai-anai. Jadi apabila dibakar, bahan kimia tersebut akan mudah termasuk di dalam lemang.

5. Pilih lemang bahagian atas kelihatan kering

Lemang yang bahagian atas ‘kepala’ yang sudah kering kerana boleh disimpan lama selama dua hari. Pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang untuk ketahui sama ada lemang tersebut sudah lama atau tidak.

6. Simpan lemang secara upside-down untuk elak basi

Untuk menyimpan lemang selama beberapa hari (dalam 2-3 hari), dinasihatkan meletakkannya secara upside-down atau terbalik. Hal ini kerana minyak yang berada dibahagian atas lemang akan menyebabkan ia mudah basi.

Selamat membeli!

Sumber: Lemang Cukup Tua

Speak Your Mind

*