Kenapa Masyarakat Barat Takut Dengan Angka 13?

Barat Takut Dengan Angka 13

Ketakutan masyarakat Barat dengan angka 13.

Terdapat satu kajian dibuat oleh SellCell yang mana kebanyakan pengguna iPhone tidak menyukai nama iPhone 13 yang bakal dilancarkan pada bulan September atau Oktober tahun ini.

Seramai 74 peratus responden memilih mahu nama iPhone 13 ditukar yang mana majoriti berpandangan iPhone 2021 adalah nama paling sesuai untuk diganti. Manakala selebihnya memilih nama iPhone 12s sebagai pengganti iPhone 13.

Barat Takut Dengan Angka 13

Sifat yang ditunjukkan oleh sebilangan responden ini dikenali sebagai triskaidekafobia iaitu fobia terhadap angka yang kononnya membawa malang.

Jika segelintir masyarakat Tionghua sering mengaitkan nombor empat sebagai nombor malang atau tidak membawa tuah, masyarakat Barat juga turut mengalami fobia terhadap angka 13.

Mereka mengalami rasa takut yang luar biasa terhadap angka 13 sehinggakan mereka sanggup berbuat apa saja untuk mengelakkan diri daripada memperoleh nombor itu dalam kehidupan.

Fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual sehinggakan situasi kronik itu menimbulkan beberapa keadaan yang pelik di negara terbabit, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Antara keadaan pelik itu ialah ada bangunan tinggi di kota besar di negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13 dan terus ke 14.

Hotel atau hospital tidak memiliki bilik dengan nombor berkenaan, malah ada juga kenderaan tidak menggunakan angka 13 pada nombor plat.

Barat Tak Suka Angka 13

Kenapa segelintir masyarakat Barat takut dengan angka 13?

Barat Takut Dengan Angka 13

Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada beberapa momokan berkaitan alam mistik dan keagamaan yang tersebar sejak dulu lagi.

Menurut kepercayaan tahyul bagi masyarakat lama, sesiapa yang mempunyai nama terdiri daripada 13 huruf dianggap sebagai mempunyai unsur negatif.

Perkara ini jelas diperlihatkan menerusi beberapa nama pembunuh terkenal seperti Charles Manson, Jeffrey Dahmer dan Albert De Salvo. Selain daripada nama berkenaan, anda juga sudah pasti mengetahui individu yang bernama Adolf Hitler yang turut dikenali sebagai Adolfus Hitler.

Dalam laporan kajian National Geographic, saintis Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Universiti Delaware, Thomas Fernsler, menjelaskan pengkaji numerologi menganggap nombor 12 sebagai angka yang lengkap dan seimbang misalnya 12 bulan dalam setahun.

Justeru, lebihan satu nombor selepas 12 akan menyebabkan ia mengganggu keseimbangan dalam turutan nombor.

Disebabkan kisah-kisah yang berlaku di sekeliling mereka pada masa lampau, mereka masih mempercayai angka tersebut membawa malang. Namun, tidak semua masih menganggap kepercayaan sebegitu lagi.

Sumber: Apple InsiderBH

Speak Your Mind

*