Nestlé Terpaksa Henti Jual Milo Selepas Terima Permintaan Tinggi Di Jepun

Jepun Terpaksa Henti Jual Milo

Nestlé Terpaksa Henti Jual Milo Selepas Terima Permintaan Tinggi Di Jepun.

Bayangkan mempunyai permintaan tinggi untuk produk anda sehingga anda terpaksa menghentikan jualan.

Di Jepun, syarikat Nestlé terpaksa menghentikan penjualan Milo – minuman susu bercoklat malt yang popular digunakan di Asia Tenggara.

Ia disebabkan hantaran tular di media sosial sehingga populariti minuman Milo itu kembali melambung tinggi dan mengatasi kemampuan syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna.

Produk Milo mula mendapat perhatian tinggi di Jepun sekitar bulan Julai berpunca melalui hantaran media sosial.

Pengguna mendakwa minuman malt bercoklat itu adalah minuman sihat yang baik untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Hantaran itu menjadi tular dan orang ramai mula berminat untuk mencari minuman yang turut menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Menerusi hantaran salah seorang pengguna Twitter berkata,

“Setelah sebulam minum Milo setiap pagi, saya merasa lebih baik sebaik bangun tidur.

“Saya biasa merasa letih 24 jam sehari dan tidak mempunyai motivasi untuk melakukan apa-apa, tetapi sekarang saya merasa segar,” ciapnya.

Dia juga mengatakan selain minuman yang memberi rasa yang enak, kandungan zat besi dalam Milo yang tinggi dan sesuai untuk individu yang mengalami anemia.

Ada juga yang turut mengatakan pengambilan Milo membantunya tidak lagi pening kepala, tidak mengantuk di siang hari, kesihatan mental yang lebih baik dan kurang rasa lapar.

Ciapan berkenaan telah menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk Jepun sehingga menyebabkan permintaan tinggi produk Milo di negara itu yang mana belum pernah terjadi sebelum ini.

Jepun Terpaksa Henti Jual Milo
Sumber: YouTube

Menurut Nestlé, permintaan produk Milo di Jepun adalah tujuh kali lebih tinggi daripada permintaannya dalam tempoh yang sama pada tahun 2019.

Ini membuat syarikat berada dalam situasi yang sukar, dengan bekalan bahan Milo mereka datang dari Singapura, terbukti tidak mencukupi.

Maka, Nestlé mengumumkan bahawa penjualan varian Milo Original 240g, 700g, dan lima stick Milo akan dihentikan hingga awal bulan Mac 2021 untuk mewujudkan kerangka penawaran yang membolehkan syarikat memenuhi permintaan tinggi.

Dalam pada itu, Nestlé mengucapkan terima kasih kepada pelanggannya dan memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan tinggi sehingga Milo habis terjual.

Untuk pengetahuan anda, terdapat empat rasa Milo berbeza untuk beberapa kawasan seperti Afrika Selatan, Jepun, Malaysia dan Australia.

Afrika Selatan menampilkan rasa Milo dengan malt yang lebih manakala di Malaysia pula memiliki rasa koko yang lebih pekat.

Minuman Milo di Australia mempunyai rasa koko bersusu manakala di Jepun pula menampilkan rasa koko yang pekat.

Sumber: Nippon