Archives for January 6, 2022

Masalah Rumah Tangga Jangan Kongsikan Dengan Rakan Sekerja, Kalau Tidak, Ini Padahnya

masalah rumah tangga

Kehidupan berumah tangga bukannya selalunya indah. Masalah rumah tangga antara punca berlakunya kepincangan dalam hubungan antara suami dan isteri.

Walau bagaimanapun, seteruk mana jua masalah rumah tangga yang dihadapi, adalah amat tidak digalakkan untuk berkongsi dengan rakan sekerja. Seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Mokhtar telah berkongsi satu kes tentang masalah yang serupa. Mari kita baca perkongsian beliau di bawah.

“Maaf bukan nak bercerita hal buruk isteri saya dan tak ada niat pun. Cuma saya buntu.”

Itu ayat dia bagi lepas dia kenalkan diri sebagai S. Dia sedang dalam kemelut masalah rumah tangga. Ada konflik dengan isteri entah bermula dengan perkara apa.

Cuma yang lebih memburukkan keadaan, sekarang isteri ada kawan lelaki lain. Kawan lelaki yang rapat dan selalu ada dengan isteri.

Dalam tempoh dia bergaduh dengan isteri, isteri ambil keputusan untuk tak dengar langsung cakap suami. Keluar rumah ikut suka, tak beritahu dan paling mengejutkan isteri mula tak sembahyang. Tanda protes dengan suami.

Encik S ini cuba bertenang dan dia kata dia cuma mampu berdoa untuk tak burukkan lagi keadaan. Sebab isteri dah tak boleh nak berbincang. Bila cuba berbicara dengan isteri, mesti keluar semua kata-kata kesat ke suami. Itu buatkan suami lebih banyak berdiam.

Satu hari encik S perasan isteri dia macam berubah. Berubah sudut tiba-tiba dah solat semula. Walau pun tak solat dengan suami, tapi solat lah.

Suami ni suka. Mula cuba nak bersembang sebab ingatkan dah baik. Rupanya berita lain yang dia dapat.

masalah rumah tangga

Isteri bagi amaran jangan ingat dia berubah sebab suami. Dia berubah sebab ada kawan di pejabat nasihatkan dia.

“Kau jangan ingat aku solat ni atas nasihat kau. Aku solat ni sebab seseorang telah nasihatkan aku. Dan dia selalu bawa aku pergi solat dengan dia.”

Begitu isterinya jawab. Bila diasak soalan lagi, isteri dia mengaku yang ajak dia solat tu lelaki. Kawan tempat kerja. Siap pesan ke suami;

“Kau patut berterima kasih dengan abang K. Sebab dia sudi nak bimbing aku.”

Urut dada suami tu dengar. Siap ajak solat sama selalu. Di tempat kerja bila abang K tadi nak solat, dia akan ajak sekali isteri encik S ni. Caringlah tu, ajak isteri orang pergi solat berdua. Abang K ni duda pula.

Allahu.

Dia begini, selalunya jadi begini sebab bila ada masalah di rumah, perempuan akan keluar ke tempat kerja dan mengadu masalah rumah tangga dengan lelaki di pejabat. Tak kiralah sama-sama staf, tukang kebun, office boy atau ke bos sekali pun.

Bila bercerita dengan lelaki, percayalah akan ada yang ambil kesempatan. Tunjuk simpati dan paling ngeri tunjuk baik ajak kembali ke jalan Allah padahal tak suruh isteri tadi kembali ke suami dia.

Isteri yang sedang dalam tekanan konflik tadi, kurang perhatian dan kasih sayang. Dapat pula lelaki bagi telinga untuk dengar masalah, bagi hati untuk dia mengadu kasih dan bagi nasihat keagamaan memang akan jatuh hatilah. Sekali pun dia isteri orang.

Sebab tu kami pesan, masalah rumah tangga bukan untuk mudah-mudah dikongsi dengan orang lain. Tak kesahlah perempuan cerita ke lelaki, atau lelaki cerita ke perempuan.

Rasulullah kata, lelaki ini memang ujiannya perempuan. Bila datang perempuan yang ada masalah, berharap pada seorang lelaki walau pun cuma harap untuk beri sedikit perhatian, di situ ujiannya besar dan berat.

Mula-mula betul konon nak bantu. Tapi bila hari-hari bercakap, mendengar rintihan dan rayuan, tak sudah di pejabat balik mesej-mesej pula sampai lewat malam, akhirnya jatuh hati. Bila dah jatuh hati, status isteri orang tu dah jadi benda ke berapa entah. Yang penting kemahuan sendiri dah meninggi.

“Aku kena selamatkan dia ni”. Bisik hati sendiri. Padahal itu bisikan syaitan. Patutnya selamatkan rumah tangga orang lain. Minta dia kembali pada suami dan keluarga dia.

Tapi sebaliknya berlaku. Bawa isteri orang tadi ke diri dia. Dialah penyelamat, dialah yang buatkan isteri orang berubah kembali kepada Tuhan.

Kalau betul dia kembali kepada Tuhan, dia akan kembali kepada perintah agama. Agama suruh kembali pada suami, bukan pada lelaki yang tak ada kena mengena.

Kawan-kawan, kalau di pejabat kita berlaku perkara begini dan kita tahu, nasihatkanlah sebaiknya. Kita bukannya nak sangat jaga tepi kain orang lain, tapi bila hal yang tak betul kita nampak, tegurlah.

Pesan baik-baik. Sebab punca daripada berlarutannya perkara macam ini, banyaknya zina berlaku antara kawan sepejabat. Zina yang berlaku antara isteri orang dan suami orang.

Bersepah berlaku sana sini, berpunca daripada rapatnya hubungan hati yang terkait di tempat kerja. Iyalah bila dah berkongsi masalah, dekatlah hati dan jiwa.

Dan para lelaki, jika kita didatangi isteri orang yang nak cerita masalah rumah tangga, sebolehnya jauhkanlah. Kalau kita bukan orangnya, silap hari bulan kita pun sama macam abang K tadi.

Suruh dia kembali pada suami. Kembali ke rumah tangga dia. Balik kepada anak-anak di rumah. Di sana ada jawapan setiap persoalan rumah tangga dia.

Saya tak tahu apa yang berlaku sekarang pada pasangan encik S tadi. Ada nasihat yang saya tinggalkan buat dia, harap dia tabah dan dapat berdepan ujian yang sedang menimpa rumah tangga dia dan isteri.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Moga rumah tangga kita dipelihara sampai syurga.

Sumber: Firdaus Mokhtar

Kena ‘Cold Storage’ Selama Setahun, Kisah Wanita Ini Harus Kita Jadikan Pengajaran

cold storage

Politik di tempat kerja sering berlaku di dalam masyarakat kita. Semuanya demi mengejar kredit mahupun pujian agar mudah dinaikkan pangkat.

Antara politik kerja yang terjadi adalah seperti keadaan ‘cold storage’. Apakah itu ‘cold storage’. Seorang pengguna Facebook bernama Ir Abdul Rahman Bahasa telah berkongsi perihal terma ini. Jom kita baca.

SETAHUN AKU KENA COLD STORAGE

Kepada yang tak tahu, “Cold Storage” ni term untuk orang yang company “tak nak” tapi tak boleh nak dibuang. Kenapa tak boleh buang? Sebab nanti macam-macam kena jawab dengan Top Management. Ingat senang ke nak justify berhentikan pekerja? Memang susah, lagi-lagi kalau bekerja di MNC.

Cerita cold storage ni pop-up bila aku terserempak dengan kawan lama yang aku namakan O tak lama dulu. O is the only Engineer perempuan di department dia. Dia menceritakan bagaimana pengalaman dia kena cold storage gara-gara dia nak membantu rakan sekerja yang lain. Ikutilah kisah O ni. Moga ia jadi iktibar kepada yang lain.

Aku: Eh O, kau buat apa kat sini?
O: Aku ada meeting dengan supplier untuk bisnes aku.

Aku: Eh, bukan kau kerja dengan MNC X?
O: Lama dah aku berhenti Man dari MNC X.

Aku: Pulak? Dah kenapa kau resign? 2 tahun lepas aku dengar kau dah naik Manager dah. Pangkat ada, bakat ada. Technical power. Rugi lah MNC X tak ada orang macam kau.
O: Panjang nak cerita Man. Tapi, apa aku boleh cakap. Aku hilang semangat bila SETAHUN AKU KENA COLD STORAGE.

Aku: Aduh, dah kenapa pulak nak main simpan dalam peti sejuk ni. Cuba cerita sikit.
O: Kau ada masa ke ni? Orang famous macam kau ni setiap masa itu berharga. Hahaha

Aku: Aduh, ke situ pulak perginya ??‍♂️. Dah, dah, balik ke cerita peti sejuk kau tadi.
O: Ok, ok, cerita dia bermula bila aku nak bersalin anak ke-2 aku. So, aku pun buat preparation nak handover ke Assistant aku. Aku plan semua benda untuk aku cuti 2 bulan. Planning aku detail habis. Aku tak nak Project aku screw up. Semua benda aku brief kat Assistant aku ni.

Aku: Assistant ni PA kau ke?
O: Ada pulak kerja Manager nak pass ke PA. Kau gila ke apa? Hahaha. Assistant Manager lah.

cold storage

Aku: Oooo, cakap kasi terang sikitlah lain kali. Then?
O: Aku pun proceedlah cuti bersalin. Tapi bila aku balik dari cuti bersalin, nak dijadikan cerita. Hari 1st aku masuk kerja. Dah ada progress meeting dengan Top Management. So, aku tak sempat nak prepare apa-apa sebab aku baru je balik dari cuti bersalin kan. So, Assistant aku yang buat presentation. Dalam presentation, pung pang pung panglah Assistant aku cerita pasal progress project. Nampak cantik, aku pun berpuas hati. Maknanya, apa yang aku plan, semua berjalan lancar.?

Aku: Hebat, kan aku dah cakap, kau memang talented. Dah tu mana cerita Cold Storage nya?
O: Nanti dulu. Kau ni potong lah. Aku tak habis cerita lagi.

Aku: Oh Ok, ok. Hahaha ??. Sorry-sorry. Lepas tu, apa jadi?
O: Top management pun tanya dalam meeting. “Good Job, well planned. Who done all this planning?”. Aku senyum jelah kan. Tapi kau tahu apa yang Assistant aku jawab?

Aku: Dia jawab kaulah yang plan.
O: Teeeet, kau silap. Dia jawab “Me Sir”.

Aku: Adus, kes naya ni ?
O: Ha, tau pun kau. Aku tengok semua benda yang dia execute tu, memang dari plan yang aku buat.

Aku: Dah tu? Apa pasal kau tak cakap dalam meeting yang plan tu kau buat?
O: Herm, AKU TAK NAKLAH JATUHKAN AIR MUKA ASSISTANT AKU DEPAN MANAGEMENT. Aku ingat ok jelah kan. Biarlah dia dapat credit. Janji project aku tak screw up. Tapi lepas je dari meeting tu, aku memang rasa lain gila treatment dari management.
Aku: Lain macam mana tu?

O: Boss aku dah tak nominate aku pergi training mana-mana. Aku kena buat kerja admin je macam update project file dalam server. Monitor project yang dah siap tu dah closed ke belum dalam centralized system. Paling tak boleh blah, aku dapat project paling “mencabar” sepanjang career aku. Kau tahu apa?
Aku: Buat project oversea ke?
O: Aku kena organize event Team Building Department aku ???

Aku: Company kau tak ada project ke?
O: Ada, tapi semua tu diberi kepada Assistant aku. Training-training semua Assistant aku dapat. Setahun macam mental torture. Tak ada cabaran langsung dalam kerja. Aku lama-lama jadi bosan. Hilang motivasi. Last-last aku resign. Buka bisnes kecil-kecil dulu. Just nak release sekejap. Alhamdulillah, business aku doing well.

Aku: Herm, betul tu, bila kita tak ada cabaran dalam pekerjaan. Memang kita akan hilang motivasi. Tapi sebenarnya, cerita kau ni 2 in 1. Kena cold storage plus kena tikam belakang. Sadis ??‍♂️.
O: Alah, malas dah aku nak fikir hal tu. Move on je lah. Oklah Man. Aku nak ke tempat lain ni. Nanti contact-contactlah ya.

Aku : All right O. Good Luck for your business!
O: Thanks Man.

Kami pun berjalan ke haluan masing-masing.

So, kawan-kawan. Cerita O ni mengingatkan kita. Kalau kita nak buat baik tu memang kena berhati-hati. Silap O, masa dalam meeting tu, dia tak speak out untuk pertahan apa yang dia buat demi nak menjaga reputasi orang lain. Last-last effect kepada diri sendiri.

Entry ni juga bukanlah nak kata kita kena elak nak buat baik dengan rakan sekerja. Tapi sebelum apa-apa, think about yourself before you think about others.

Finally, cuba sedaya upaya pertahankan hak anda. By the end of the day, yang kisahkan hidup kita adalah kita sendiri. Bukan orang lain.

Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa

Benarkah Salji Turun Di Arab Saudi Fenomena Alam Luar Biasa?

Salji Arab Saudi Fenomena Luar Biasa

Ketika beberapa negara dunia yang lazim dilanda salji dan ais apabila tibanya musim sejuk, namun situasi yang sama berlaku di tanah Arab pasti akan menjadi bualan masyarakat Malaysia kerana ia dianggap fenomena luar biasa.

Media Arab baru-baru ini melaporkan di barat laut Arab Saudi telah dilanda salji tebal iaitu di bahagian bandar utara-barat Tabuk pada hari tahun baru.

Orang ramai di rantau Tabuk, dekat sempadan Jordan, terkejut apabila melihat padang pasir tandus diselimuti hamparan putih salji pada 1 Januari lalu.

Banjaran Gunung Jabal Al-Lawz di Tabuk kerap kali menyaksikan salji turun apabila suhu menjunam ketika musim sejuk. Bagi penduduk di sana, musim sejuk dianggap musim paling indah di rantau berkenaan kerana jarang dapat melihatnya.

“Setiap tahun, kami menunggu salji turun supaya kami dapat menikmati hidangan kabsa yang dimasak di atas salji oleh ibu saudara kami. Ia sudah menjadi tradisi keluarga ini,” kata Faris Al-Harbi yang merupakan seorang jurutera dan membesar di Tabuk kepada Arab News.

Walaupun bukan yang pertama kali, fenomena ini tetap disebut fenomena yang jarang berlaku di Arab Saudi. Fenomena seperti ini pernah terjadi pada tahun 2016, 2018 dan 2021. Para ahli mengungkapkan kejadian salji ini terjadi akibat ribut yang beredar dari selatan Eropah.

Arab Saudi sememangnya terkenal sebagai negara tandus tetapi suhu antara rantaunya berbeza-beza berikutan kepelbagaian lanskap termasuk kawasan pergunungan, pulau, gurun, gua dan lembah.

Salji Arab Saudi Fenomena Luar Biasa

Salji biasanya turun di kawasan pergunungan di utara Arab Saudi seperti Turaif, Tabuk, Arar, dan Rafha. Memandangkan ia adalah kawasan tanah tinggi, suhu minimum pada musim sejuk boleh mencecah sehingga -10 darjah Celsius.

Malah, beberapa wilayah tersebut akan menjadi destinasi tumpuan orang ramai sama ada dari luar dan dalam untuk tidak melepaskan peluang bermain salji dan menikmati cuaca sejuk.

Dalam perkembangan berkaitan, Pusat Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan ramalan ribut petir dan angin kuat dijangka berlaku di Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, dan Tabuk manakala lebih banyak salji diramal turun

Sebagai seorang yang beriman, seharusnya setiap kejadian yang berlaku ada hikmah tersendiri yang mengajak kita untuk dijadikan bahan muhasabah diri.

Sumber: The National NewsArab News