Ramai Puji Lihat Hasil Kerja Tangan Penggali Kubur Ini, Buatkan Rasa Insaf

Hasil Kerja Tangan Penggali Kubur
Sumber: FB

Penggali kubur, kerjanya tidaklah popular namun besar manfaatnya kepada masyarakat.

Bagi yang sering melayari Facebook, pasti akan tahu mengenai kewujudan group Tukang Apa Hari Ini yang memperlihatkan ahli-ahlinya berkongsikan hasil kerja bertukang masing-masing.

Perkongsian pemilik akaun MrBoyb Nordin di group Tukang Apa Hari Ini membuatkan ramai berasa insaf dan kagum melihat hasil kerja tangannya sebagai seorang penggali kubur.

Mana tidaknya, ‘destinasi akhir’ bagi insan yang sudah pergi buat selama-lamanya lazimnya mendatangkan rasa gerun sebaliknya kerja tangan penggali kubur muda dari Kota Tinggi Johor ini cukup kemas dan teliti.

Hasil Kerja Tangan Penggali Kubur
Sumber: FB

Menerusi hantarannya, MrBoyb Nordin secara merendah diri berkata tidak pandai bertukang rumah seperti kebanyakan ahli dalam kumpulan berkenaan dan hanya tahu menggali kubur.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah Job Hari Ni overtime sampai malam. Saya tak pandai tukang rumah. Saya cuma pndai tukang ni je.

“Semoga Rohnya dicucuri rahmat di tempatkan bersama org-orang yang beriman. Al fatihah.

“Salam kenal dari Geng Lahad 7 Kg Felda Air tawar2 Kota Tinggi Johor,” tulisnya.

Rata-rata ahli dalam kumpulan tersebut memuji hasil kerja tangannya yang kelihatan kemas pada masa yang sama menjemput rasa keinsafan untuk mengingati detik kematian.

“Selama 31 tahun, Allah pinjamkan nyawa. Ini kali pertama tengok liang lahad sekemas ini. Sudah macam ikat bata dan plaster. Bagi orang mungkin biasa. Tetapi jenis orang teliti lain kemahirannya.”

“Kalau buat rumah biasanya orang komen kemas dan selesa. Tetapi hasil tukang kali ini cukup kemas. Tidak berani pula hendak kata selesa.”

“Kadang-kadang terfikir liang lahad lepas arwah masuk akhirnya timbus. Tapi bila nampak begini baru faham penggali kubur ikhlas dalam kerjanya dengan hasil kerja iaitu rumah terakhir buat arwah yang begitu cantik,”

“Tak semua org reti tukang yang satu ni. Syabas. Semoga Allah membalas perbuatan baik tuan.”

Menurut sumber, MrBoyb sudah lima tahun melakukan pekerjaan itu dengan mengambil masa selama hapir tiga jam untuk menyiapkan satu liang lahad.

Sumber: MrBoyb Nordin