Senarai Barang Yang Boleh Anda Masukkan Ke Dalam Bantuan Bakul Makanan

Bantuan Bakul Makanan
Sumber: Malakat Tribune

Apa yang boleh anda masukkan dalam bantuan Bakul Makanan?

Sekarang, kempen #BenderaPutih giat dijalankan di dalam negara bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan bekalan makanan.

Pastinya ramai ingin membantu dan ramai juga yang memerlukan bantuan demi kelangsungan hidup sehari-hari.

#KitaJagaKita Jika Terputus Bekalan Makanan Perlukan Bantuan Segera, Kibarkan Bendera Putih
Sumber: Azzah AR

Buat anda yang ingin memberikan bantuan bakul makanan, di sini kami senaraikan beberapa barang yang boleh anda beli.

Bahan Asas:

  • Beras
  • Gula
  • Garam
  • Tepung
  • Telur
  • Minyak
  • Biskut
  • Bahan makanan kering – bihun, spageti

Bahan tambahan:

  • Minuman – teh uncang, serbuk Milo, serbuk kopi
  • Makanan dalam tin – sardin
  • Susu pekat tin
  • Kicap
  • Sos
  • Mi segera
  • Bawang
  • Roti
  • Susu tepung & pampers untuk anak kecil sekiranya ada
  • Tuala wanita
  • Ubat-ubatan – panadol

Anda juga boleh meletakkan juga barangan tambahan seperti sayuran, buahan, ayam, ikan dan barangan basah lain.

Namun perlulah mengetahui terlebih dahulu keadaan penerima kerana barangan basah seperti contoh di atas mudah rosak.

Spesifikasi barangan keperluan bakul makanan di bawah PEMULIH (Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi) menyenaraikan barangan seperti berikut:

Senarai Barangan Yang Boleh Anda Masukkan Ke Dalam Bakul Bantuan Makanan

Tahukah anda ada aplikasi yang membolehkan anda mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan?

Antaranya ialah kitajaga.co dan Sambal SOS.

KitaJaga membolehkan pengguna mengetahui lokasi yang memerlukan bantuan dan pemberi bantuan menerusi peta yang dipaparkan.

Pengguna tidak perlu log masuk untuk menggunakannya, dan boleh mengaksesnya serta-merta terus dengan mudah.

Pengguna juga boleh menambah penawaran masing-masing di lokasi anda, ataupun, menambah notifikasi sekiranya memerlukan bantuan daripada kejiranan.

Manakala untuk Sambal SOS pula merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna memuat naik gambar rumah yang memasang bendera putih di luar kediaman mereka menerusi peta lokasi yang dipaparkan.

Pengguna lain aplikasi ini yang berminat untuk memberi bantuan bekalan makanan boleh mengetahui lokasi mereka yang memerlukan.

Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari tabung makanan (food bank) terdekat, bagi mereka yang tidak mampu membeli keperluan makanan.

Orang ramai boleh memuat naik foto rumah yang mengibarkan bendera putih tanpa mendedahkan wajah ahli keluarga atau maklumat peribadi mereka.

Speak Your Mind

*