Warga Emas Dicemuh Kumpul 150 Tan Sampah Di Rumah, Rupanya Ada Kisah Di Sebaliknya

page

Warga emas dicemuh kerana kumpul lebih 150 tan sampah, rupanya ada kisah di sebaliknya.

Setiap ibu bapa pastikan mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka, bukan?

Media Korea Selatan ada melaporkan mengenai sebuah rumah dua tingkat yang dipenuhi dengan timbunan sampah yang dianggarkan seberat 150 tan.

Warga Emas Dicemuh Kerana Kumpul 150 Tan Sampah Di Rumah, Ini Kisah Di Sebaliknya 4

Tidak tahan dengan keadaan yang menyebabkan pencemaran bau itu, jiran-jiran mereka telah melaporkan kepada media untuk mendapatkan pertolongan.

Rupa-rupanya ada kisah di sebalik timbunan sampah yang dikumpul pasangan warga emas yang mana salah seorangnya sudah berusia 75 tahun.

Warga Emas Dicemuh Kerana Kumpul 150 Tan Sampah Di Rumah, Ini Kisah Di Sebaliknya 2

Semasa pihak media sampai untuk membuat liputan, mereka mendapati tiada ruang yang ada di sana.

Mereka terpaksa memanjat timbunan sampah setinggi enam hingga tujuh meter dan perlahan-lahan menggelongsor turun ke satu ruang kecil di dalamnya.

Warga Emas Dicemuh Kerana Kumpul 150 Tan Sampah Di Rumah, Ini Kisah Di Sebaliknya 3

Namun yang mengejutkan, apabila mereka menemui seorang lelaki berusia 40 tahun yang mana diberitahu sebagai anak kepada pasangan warga emas berkenaan.

Kerana tidak mempunyi harta untuk diwariskan, warga emas berkenaan mengumpul sampah yang mereka rasa berharga untuk diwariskan kepada anak lelaki mereka yang tidak pernah keluar daripada rumah berkenaan bertahun lamanya selepas selamat bergraduasi.

Warga Emas Dicemuh Kerana Kumpul 150 Tan Sampah Di Rumah, Ini Kisah Di Sebaliknya 1

Disebabkan terlalu lama berada di dalam rumah, lelaki berkenaan tidak pandai bersosial termasuklah berkomunikasi secara normal. Beliau hanya terbaring setiap hari dan menunggu makanan daripada kedua ibu bapanya.

Sampah yang dianggap tidak berharga pada mata orang lain, dikutip dan di kumpul sehingga beratnya mencecah 150 tan supaya anak mereka dapat menyara hidup dengan menjualnya.

Risau dengan keadaan pasangan tersebut, media membawa keduanya ke hospital untuk pemeriksaan dan mendapati si ibu mengalami masalah paru-paru berair dan memerlukan pembedahan segera.

Yang menyebalkan si anak tetap enggan berganjak keluar dari rumah berkenaan dan masih mengharapkan makanannya dihantar.