Dalam rutin pekerjaan seharian tidak kira di pejabat atau di tempat lain tentu anda pernah mengalami tekanan atau stress.
Bergantung kepada jenis pekerjaan, sesetengah projek akan pasti memberi tekanan kepada fizikal dan mental. Dalam hal itu, pasti anda pernah mengalami situasi yang mana tugasan yang diterima sukar untuk diselesaikan dalam tempoh masa yang diberikan.
Bukan kerana kita tidak boleh lakukannya, tetapi kerana tabiat kita yang mungkin salah dan perlu diubah dalam mencapai produktiviti yang maksimum.
Pembuangan masa yang berlebihan dan cara kerja yang tidak efisien mungkin menjadi faktor masalah tersebut.
Berikut merupakan 5 tabiat yang kita boleh selesaikan kerja secara bijak.
1. Menyediakan to-do-list
Senaraikan apa yang akan lakukan hari itu sejurus sampai ke pejabat, dan cuba selesaikannya mengikut senarai berkenaan. Dengan itu, waktu yang ada di pejabat lebih terisi dan tidak terbuang begitu sahaja.
2. Letak telefon pintar ke tepi
Jika anda perlu berurusan melalui pesanan telefon, gunakan sahaja aplikasi berkenaan di komputer anda. Ingat, jangan terlalu lama menghadap media sosial, ia akan melengahkan urusan kerja anda. Simpan dahulu masa untuk membaca blog atau portal, gunakan masa itu apabila kerja selesai.
3. Utamakan kerja yang penting
Selesaikan dahulu tugasan yang mustahak sebelum melangkau ke kerja yang seterusnya. Tinggalkan kerja yang kurang penting di bahagian terakhir. Ini pasti akan meningkatkan tahap efisyen anda terhadap kerja.
4. Don’t work hard, but work smart
Sekiranya anda diberikan tugas yang besar dan berat, tidak salah sekiranya anda meminta pertolongan rakan sekerja atau bertukar-tukar pendapat mengenai idea menyelesaikannnya. Selalunya, dengan meminta pertolongan banyak perkara boleh diselesaikan dengan secepat mungkin.
5. Cuba lakukan lebih satu kerja dalam satu masa
Tidak salah kalau mencuba, ia akan membuat masa anda lebih terisi. Mana tahu, percubaan dua kerja pada satu masa anda, membuahkan hasil. Anda juga yang untung.
Diharapkan idea-idea di atas dapat membantu anda bekerja secara efisien di tempat kerja.
Sumber: Astro Awani
Speak Your Mind