7 Fakta Menarik Disebalik Sejarah Merdeka Yang Jarang Diketahui

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: The Sun Daily

Kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 pada tahun ini tidak lama lagi. Tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2019 ialah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Di sini, kami ingin kongsikan beberapa fakta yang mungkin hanya segelintir rakyat Malaysia yang mengetahui sejarah kemerdekaan. Kebanyakan daripada kita hanya tahu tanggal 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan tarikh 16 Sepember 1963 merupakan Hari Penubuhan Malaysia.

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: The Patriots

Berikut merupakan fakta menarik tentang penubuhan Malaysia/ Persekutuan Tanah Melayu. Mari sama-sama kita mengimbau sejarah negara tercinta kita.

1. Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu dibuat pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO, Tun Sardon Jubir dan timbalannya, Ahmad Badawi (ayah Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956.

Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (ayah Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

2. Perdana Menteri India dan Raja Thailand hadir ketika Hari Pengisytihran Merdeka. Lebih 20 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka ketika jam tepat 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957. Bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dinaikkan.

Di samping negarawan kita sendiri, seperti Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, upacara itu juga disaksikan oleh wakil-wakil dari negara-negara lain seperti kehadiran Perdana Menteri India, Raja dan Permaisuri Thailand serta wakil Ratu England, Duke of Gloucester.

3. Tunku Abdul Rahman melaungkan pengisytiharan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat di Stadium Merdeka.

4. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dalam tulisan jawi dan Bahasa Inggeris.

5. Selama 28 tahun, rakyat menyambut Hari Kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Namun, pada tahun 1985, Tun Dr. Mahathir (pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia ke-4) memutuskan untuk memindahkan acara sambutan ke bandar raya Melaka.

Sejak itu, acara sambutan Hari Kebangsaan diadakan di serata Malaysia; terutama Dataran Merdeka dan Putrajaya menjadi lokasi utama sambutan itu.

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: Wikipedia

6. Terdapat festival bola sepak untuk meraikan Hari Kemerdekaan. Ketika itu, Malaya (sebelum penubuhan Malaysia) menjadi tuan rumah untuk festival bola sepak Merdeka yang dikenali sebagai Pesta Bola Merdeka.

Pesta Bola Merdeka merupakan sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Semasa 1950-an dan awal 1980-an, ia merupakan satu kejohanan berprestij di kalangan negara-negara Asia kerana para peserta menghantar pemain skuad utama mereka. Hong Kong memenangi kejohanan pertama pada tahun 1957.

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: Semuanyabola

7. Sebanyak 373 penyertaan dalam pertandingan reka bentuk bendera Malaysia dan dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pemilihan. Daripada jumlah itu, hanya tiga rekaan disenarai pendek sebelum bendera Mohamed Hamzah dipilih kerana bendera Mohamed Hamzah mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja.

Ya, Jalur Gemilang yang kita ada pada hari ini merupakan hasil rekaan Mohamed Hamzah.

Jadi, fakta manakah yang menarik bagi anda?

Sumber: MyNewsHubThe Rakyat Post

Speak Your Mind

*