Ramai ibu bapa mendedahkan anak-anak kecil dengan gajet sehingga akhirnya anak-anak menjadi sukar untuk berenggang dengan alatan elektronik walaupun hanya sebentar.
Walaupun sudah ada kajian berkaitan bahana penggunaan gajet terhadap kanak-kanak seawal usia, masih ramai ibu bapa yang tidak mengendahkannya.
Apabila mahu menegur anak atau melarang mereka menggunakan gajet secara tiba-tiba memang sukar, tetapi anda masih boleh mengawal anak-anak anda dengan menggunakan aplikasi ini.
Seorang pengguna Facebook, Afiza Aziz telah berkongsi satu aplikasi yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengawasi pnggunaan telefon pintar anak-anak.
Hantaran tersebut mendapat perhatian orang ramai dan meraih lebih 15 ribu perkongsian.
Menurut Afiza, anak-anaknya hanya boleh menggunakan telefon pada hari sabtu atau cuti umum dan perlu pulangkan semula pda hari ahad sebelum pukul 11 malam. Apabila tiba tepat pukul 11 malam hari ahad, telefon yang digunakan anak-anaknya akan terpadam sendiri dan segala aktiviti yang dilakukan dalam telefon pintar tidak dapat diteruskan.
Bagus juga ada apps ini. Untuk mak bapak yang ada anak-anak yang bila dah pegang phone, tak ingat dunia atau buat-buat tak ingat bila nak pulangkan balik, apps ni sesuai untuk korang.
Aplikasi ini juga boleh membantu anda menyemak pergerakan dan aktiviti dalam telefon pintar yang digunakan anak. Contohnya, boleh melihat aplikasi apa yang mereka buka, waktu terakhir mereka online dan sebagainya.
Untuk ibu bapa di luar sana, bolehlah muat turun aplikasi Google Family Link ini bagi memantau aktiviti anak-anak.
Sumber: Afiza Aziz