Benarkah Kepintaran Anak Diwarisi Daripada Ibu?

kepintaran anak diwarisi ibu
Sumber: Smartmama

Orang kata kepintaran seseorang anak itu bergantung kepada kepintaran ibu bapanya, benarkah?

Beberapa kajian sebelum ini mendedahkan kepintaran anak diwarisi daripada ibunya? Jadi jika ayahnya mempunyai IQ lebih tinggi daripada ibu, tetap tidak diwarisi anaknya? Kenyataan seperti ini seakan tidak adil bukan?

Kajian ini menunjukkan kepintaran anak diwarisi daripada ibunya yang mana gen kepintaran anak ada pda kromosom X. Wanita membawa dua kromosom, bermaksud kanak-kanak lebih cenderung untuk mendapatkan kecerdasan mereka daripada ibu mereka.

Kajian tersebut dibuktikan daripada penyelidikan terhadap haiwan tikus dan disahkan apabila diekstrapolasi kepada otak manusia.

kepintaran anak diwarisi ibu

Kajian lain pula, para pengkaji telah menemubual seramai lebih 12 ribu orang dalam usia 14 dan 22 tahun, setiap tahun selama dua dekad. Berdasarkan kajian tersebut, mereka yakin bahawa tahap kepintaran anak cenderung diwarisi daripada gen ibu mereka.

Menurut sains, kira-kira 40-60% kepintaran adalah daripada keturunan. Namun begitu, bagaimana anak-anak dibesarkan juga banyak menyumbang kepada peningkatan kepintaran mereka.

Satu kajian daripada Universiti Washington juga membandingkan otak kanak-kanak berusia 13 tahun dan mendapati bahawa hippocampus (pusat pembelajaran, ingatan dan tindak balas tekanan) kanak-kanak dengan hubungan ikatan ibu adalah 10% lebih besar daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan rapat dengan ibunya.

Namun, bagaimana pula jika ibu bapa mempunyai IQ rendah tetapi anak memliki IQ tinggi dan sebaliknya?

Sebab itulah kajian yang ada tidak menunjukkan 100% kepintaran anak diwarisi daripada ibu bapa. Ia juga berdasarkan faktor hubungan persekitaran dan pemakanan.

Jika pada mulanya kepintaran anak lebih kepada ibu, apa yang perlu anda lakukan sebagai ibu bapa perlu memenuhi tanggungjawab membentuk kecerdasan otak anak. Konklusinya, kedua ibu bapa perlu memainkan peranan mempunyai otak cerdas sejak anak dalam kandungan lagi.

Sumber: The Asian ParentThe New TimesIndependent

Speak Your Mind

*