Di Sebalik Tabir Kekuatan Ekonomi Empayar Al-Arqam Dengan Nilai Lebih RM500 Juta

Ekonomi Pertubuhan Al-Arqam 5

Al-Arqam atau nama panjangnya Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad.

Ajaran-ajaran Al-Arqam ini mendapat sambutan ramai dan dianggap sebagai unggul sehinggalah badan tersebut diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Ekonomi Pertubuhan Al-Arqam 4

Gerakan ini giat menyebarkan kegiatan ‘dakwah’ bahawa mereka percaya bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925 masih hidup dan beliau adalah Imam Mahdi dengan menganalogikannya melalui Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir.

Kegiatan ini disebarkan melalui pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, pertanian dan lain-lain. 

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zayed Zulkifli berkongsikan sekuat mana ekonomi Pertubuhan Al-Arqam ini?

Beliau juga sempat berkongsikan tiga nostalgianya dengan Al-Arqam, iaitu:

1. Ibu saudaranya ada menghantar anaknya (sepupu beliau) ke tadika Al-Arqam. Suatu hari pada waktu malam, sepupunya menunjukkan bulan dan memberitahu beliau ternampak wajah abuya pada bulan.

2. Ketika di zaman kolej, seorang rakan beliau merupakan pengikut tegar Al-Arqam. Beliau sempat membaca beberapa majalah komik Al-Arqam, dan ada juga yang menjawab persoalan mengapa Al-Arqam itu tidak haram dan sesat.

3. Di kampung beliau (daerah Kerian), ada seorang pak cik, pengikut Al-Arqam yang berniaga roti khurasan di pasar malam. Setiap kali berniaga, beliau akan memakai pakaian seragam Al-Arqam, iaitu jubah hijau dan seban hijau.

Masih lagi berniaga di sana, kali ini dibantu anaknya cuma bezanya tiada lagi pakaian Al-Arqam. Roti khurasan beliau adalah roti burger berinti daging dan disalut dengan kulit popiah dan digoreng. Setiap kali jualan, pasti gerainya dipenuhi orang yang beratur panjang.

Ekonomi Pertubuhan Al-Arqam

Tiga nostalgia ini menggambarkan bagaimana Al-Arqam berjaya merentas pasaran dalam pelbagai sudut. Dengan hanya berdasarkan kepada komuniti mereka, ekonomi Al-Arqam menjadi mantap.

Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri menganggarkan pengikut tegar Al-Arqam adalah sekitar 6,000 orang dan simpatisan sekitar 10,000 hingga 15,000 pada tahun 1994. Dalam jurnal akademik pula menyatakan simpatisan Al-Arqam sekitar 200,000 orang.

Mengikut data sehingga tahun 1993, secara keseluruhannya, Pertubuhan Al-Arqam ini telah mengendalikan 417 projek ekonomi, termasuklah 56 buah kilang perusahaan yang mengeluarkan 60 jenama barangan yang berlainan, 20 buah pasar mini, 52 buah kedai runcit, 36 buah kedai buku, 21 buah kedai jahitan, 12 buah bengkel kenderaan, 18 buah restoran, 33 buah bas dan 20 buah teksi.

Ekonomi Pertubuhan Al-Arqam 1

Pertubuhan Al-Arqam juga merupakan perintis kepada industri makanan halal di Malaysia dengan aset tetap dalam negeri berjumlah RM300 juta!

Tidak terhenti di situ, Pertubuhan Al-Arqam mempunyai klinik, tadika, sekolah dan studio rakaman seperti Kumpulan Nasyid Nada Murni dan The Zikr. Setelah diharamkan kerajaan, Nada Murni dijenamakan semula dengan nama Rabbani dan Hijjaz. Manakala, The Zikr pula muncul dengan nama Raihan yang menempa album puji-pujian paling laris dalam sejarah Malaysia dengan jualam kaset dan CD sebanyak 3.5 juta unit.

Dengan hanya simpatisan daripada orang sekeliling, Pertubuhan Al-Arqam boleh mewujudkan empayar perniagaan dengan nilai RM300 juta, jika diubah ke 2018 mungkin sudah sekitar RM500 juta.

Bayangkan dengan jumlah umat Islam sekitar 19 juta atau 61% daripada populasi di Malaysia yang berpendapatan aktif sekitar RM8 juta, besar atau tidak pasaran halal di Malaysia untuk dimanfaatkan bersama?

Sumber: Zayed Zulfikli

Speak Your Mind

*