Semua orang pernah terfikir cara kreatif ‘menipu’ semata-mata mahukan cuti. Namun tidak semua ada keyakinan dan keberanian untuk melaksanakannya, malah mengakuinya.
Seorang lelaki dengan ID @PapaBoardslide tular apabila salah satu hantaran di laman Twitternya disebarkan dengan 40,508 ulang kicau dan 207,064 sukaan apabila melakukan pengakuannya menipu semata untuk dapatkan cuti.
Sanggup melakukan pengubahsuaian gambar atau ‘photoshop’ tayar kenderaannya yang pecah, beliau memberitahu ianya adalah salah satu momen yang amat beliau kagumi sepanjang hidupnya.
Yang kelakarnya, jika diperhatikan secara teliti dapat dikenal pasti kedudukan spanar lug (lug wrench) kelihatan seperti terapung selain daripada keadaan tayar yang ‘pelik’.
Entah macam mana boleh terlepas pun tak tahulah.
Rata-rata pengguna Twitter memuji kebijaksanaan beliau, malah ada juga yang sempat berseloroh memberikan cadangan dengan penambahan beberapa ‘adegan lucu’ untuk beliau dapatkan cuti yang lebih lama.
Antaranya:
Bijak betul. Kalau anda pun pernah lakukan ini dan terlepas, memang bernasib baik. Tetapi untuk menipu semata mahu dapatkan cuti, ada risiko yang perlu anda hadapi. Kalau tidak, tanggunglah akibatnya jika terkantoi.
Sumber: Papa Boardslide
Speak Your Mind