Individu Kelahiran 1985-1995 Adalah Generasi Umur Paling Unik Dan ‘Awesome’

Generasi Umur Paling Unik 2

Dalam masyarakat dan negara yang terdiri daripada pelbagai generasi pastinya tidak akan terlepas dengan masalah ‘jurang generasi’. Bermula daripada gaya hidup sehinggalah kepada jati diri individu, ianya seakan menjadi punca kepada renggangnya hubungan antara generasi.

Don Tapscott dalam bukunya yang bertajuk ‘Grown Up Digital’ membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kategori iaitu Pre Baby Boom, The Baby Boom, The Baby Bust, The Echo of The Baby Boom, Generation Net dan Generation Alpha.

Generasi Umur Paling Unik
Sumber: Zalila Isa

Namun dalam banyak-banyak generasi di atas, ada yang berpendapat bahawa individu yang lahir di antara tahun 1985 sehingga 1995 adalah generasi yang paling unik.

Nak tahu kenapa? Mari kita rungkaikan.

1. Generasi ini lahir di antara dua generasi yang mana salah satunya adalah sebelum adanya talian internet dan sesudah dunia mula diambil alih oleh teknologi-teknologi canggih.

2. Generasi sebelum mereka percaya bahawa kerja keras adalah kunci kepada segala kejayaan manakala generasi selepasnya percaya pada pengurusan kerja yang bijak. Work hard vs work smart.

3. Generasi ini melihat semua evolusi kecanggihan teknologi bermula daripada radio, televisyen, zaman CD dan DVD, walkman sehinggalah kepada Netflix, Snapchat, media sosial dan sebagainya.

Generasi Umur Paling Unik 1

4. Generasi sebelumnya boleh ditipu hanya dengan menggunakan pesanan emel ringkas yang menawarkan kasih sayang. Manakala generasi selepasnya percaya perlunya beberapa emel untuk dibahagikan mengikut fungsi; peribadi, kerja, sosial media, transaksi kewangan dan sebagainya.

5. Generasi sebelumnya akan mengikut tradisi yang diturunkan tanpa soal jawab yang panjang. Manakala, generasi antara tahun ini mengenali tradisi dan hanya akan patuh sekiranya ia dirasakan rasional. Berbeza dengan generasi seterusnya, jarang di antara mereka mengenali tradisi.

6. Generasi ini merupakan generasi yang lahir di antara ‘umur industri’ dengan ‘umur internet’ yang mana generasi sebelum ini tidak faham apa yang berlaku kini dan generasi selepasnya tidak memahami apa yang berlaku dahulu (asal usul).

Walaupun ianya tidak mudah, tetapi ketahuilah anda berpeluang menjalani kehidupan dan melihat sendiri evolusi teknologi sepanjang membesar adalah momen paling berharga yang tidak semua boleh menikmatinya.

Jadi sesiapa yang lahir di antara tahun tersebut, berbanggalah. Sekurangnya kehadiran anda telah berjaya merapatkan jurang di antara generasi terdahulu dengan generasi terkini.

Sumber: Zambian Influencer