Anda seorang yang dominan dalam menggunakan tangan kiri di setiap aktiviti?
Maka hari ini merupakan hari yang patut anda raikan kerana pada 13 Ogos setiap tahun, individu kidal akan diraikan di seluruh dunia.
Tarikh 13 Ogos merupakan tarikh yang dipilih oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa untuk meraikan individu istimewa seperti anda bermula pada 13 Ogos 1976.
Ada sesetengah individu kidal merasakan keadaan tangan kiri yang lebih dominan merupakan ‘kecacatan’ buat mereka. Tapi tahukah anda sebenarnya individu kidal ini lebih istimewa berbanding yang lain?
Ini fakta-fakta menarik yang kami kumpulkan mengenai individu kidal.
1. Hanya 10% (708 juta orang) daripada seluruh populasi dunia merupakan individu kidal dan jumlah ini tetap sama selama ribuan tahun.
2. Kebanyakan daripada individu kidal berjantina lelaki.
3. Dalam sejarah, individu kidal dianggap lebih rendah kastanya jika dibandingkan dengan individu tangan kanan malah disifatkan sebagai ahli sihir.
4. Individu kidal lebih bijak daripada individu pengguna tangan kanan.
5. Lima daripada tujuh orang Presiden Amerika Syarikat menulis dengan menggunakan tangan kiri; Gerald Ford, Ronald Reagan, George H.W Bush, Bill Clinton, dan Barack Obama.
6. Di Virgina, Amerika Syarikat terdapatnya kawasan yang dinamakan sebagai Tangan Kiri.
7. Dalam filem The Simpsons, karakter Ned Flanders membuka kedai yang menghasilkan produk ‘The Leftorium’ khas untuk individu kidal.
8. Individu tangan kiri digelar sebagai ‘Lefties’ dan ‘Southpaws’.
9. Individu kidal lebih mudah melihat apabila berada dalam air.
10. Individu kidal lebih kreatif dan berjiwa seni seperti Leonardo Da Vinci yang terkenal dengan lukisan Monalisa.
11. Golongan bangsawan dan penemuan banyak terdiri daripada individu kidal seperti Issac newton, Albert Einstein, Ratu Elizabeth II dan Putera William.
12. Individu kidal lebih jaguh dalam aktiviti sukan seperti Lionel Messi dan Rafael Nadel.
13. Individu kidal boleh menggunakan kedua tangannya untuk melakukan aktiviti, contohnya menulis dengan tangan kiri dan makan menggunakan tangan kanan.
14. Individu kidal sering disalah anggap sebagai individu kurang sopan kerana menjalankan aktiviti dengan menggunakan tangan kiri seperti makan dan bersalaman.
15. Individu kidal lebih mudah mendapatkan tekanan kerana mempunyai pemikiran yang kreatif.
Banyak lagi fakta menarik yang boleh anda dapati mengenai individu kidal, namun jangan percaya bulat-bulat kerana ianya cumalah sekadar hiburan bagi menghiburkan golongan minoriti ini.
Untuk individu kidal, jangan rasa diri anda ‘disisihkan’. Tetaplah meneruskan kehidupan dengan bahagia.
Selamat Hari Kidal Sedunia, individu-individu kidal sedunia!