Kenapa Ada Orang Tak Suka Datang ‘Reunion’ Sekolah? Balik-Balik Muka Sama

Tak Suka Datang Reunion Sekolah 9

Reunion sekolah adalah satu acara yang paling dinantikan untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan seperjuangan yang sudah lama tidak ditemui terutamanya dalam kalangan pelajar asrama.

Namun pernah atau tidak kita hadir ke reunion sekolah dan dapati ada muka-muka yang selalu tidak hadir ke acara ini setiap kali ianya diadakan? Atau sebenarnya kita ini tergolong dalam kalangan mengelak daripada menyertai acara reunion sekolah?

Balik balik orang yang sama. Orang yang sama lepak mamak, orang itu jugalah yang ada semasa reunion. Tak ada beza.

Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa sesetengah individu kurang gemar hadir ke acara ini.

Tak Suka Datang Reunion Sekolah

1. Satu sekolah tidak semestinya berkawan baik.

Ya, walaupun berada di sekolah yang sama, batch yang sama, tetap ada jurang yang membezakan pelajar-pelajar, iaitu kelompok geng dominan dan bukan dominan.

Tak Suka Datang Reunion Sekolah 1

2. Zaman sekolah bukan semuanya indah.

Ada orang enggan hadir ke reunion kerana merasakan ianya akan mengimbau dan membuka kembali zaman yang tidak seronok semasa di sekolah, zaman yang kalau boleh mahu dilupakan terus dan tidak mahu diulang.

Tak Suka Datang Reunion Sekolah 2

Tak semua sekolah itu seronok. Ada yang kurang bernasib baik akan melalui zaman gelap kehidupan di sekolah. Tidak kiralah yang tinggal di asrama atau pun tidak, masing-masing akan melalui fasa persekolahan yang berbeza.

Ada juga sisi gelap yang menyebabkan mereka seakan trauma untuk kembali ke zaman tersebut.

Tak Suka Datang Reunion Sekolah 3

Kita semua tidak sama. Iya, mungkin luaran terlihat sama tetapi apa yang individu itu lalui hanya dia sahaja yang memahami.

Tak Suka Datang Reunion Sekolah 4

Bila ada yang mengadu tentang kesusahannya, ada individu melabel dia dengan tomahan yang bukan-bukan, contohnya sengaja mencari publisiti, menipu dan sebagainya.

Tak Suka Datang Reunion Sekolah 5

Kita semua ada hak untuk berdiri di atas kaki sendiri. Anda tiada hak menindas orang lain, dan begitu juga orang lain yang tidak layak menindas anda. Isu individu adalah masalah individu, tidak perlu diperbesarkan sehingga melakukan gangguan kepada mental dan fizikal orang lain.

Tak Suka Datang Reunion Sekolah 6

Daripada pihak ibu bapa dan guru, jangan pandang remeh semua perkara. Cuba tanam sifat percayakan anak-anak. Namun rasa itu harus berpada, siasat dahulu dengan fikiran yang rasional tanpa berpihak kepada mana-mana individu.

Tak Suka Datang Reunion Sekolah 7

Budaya ini harus dibanteras daripada sekolah supaya ianya tidak berlanjutan sehingga kepada peringkat yang lebih tinggi. Jika tidak dibendung, kelak semasa melalui zaman pekerjaan, ianya tetap diamalkan demi mencapai apa yang mereka mahukan.

Tak Suka Datang Reunion Sekolah 8

Jadi selepas ini tidak perlu memaksa diri untuk hadir ke majlis yang anda tidak mahu dan tidak perlu juga memaksa rakan dengan alasan ‘mahu imbau kembali memori’ dan ‘merapatkan ukhwah’.

Lain individu, lain pengalamannya. Belajar memahami untuk kita lebih difahami.

Sumber: Putra Nubhan