Lelaki Ini Dedah Beza Sistem Cara Kerja Antara Rakyat Malaysia Dan Jerman

Cara Kerja Di Malaysia 1

8 Ogos lalu, Kisi, sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendedahkan Kuala Lumpur menduduki tempat ke-40 paling rendah dalam kerjaya dan hidup seimbang (work-life balance).

Seorang lelaki di Facebook telah berkongsi pendapatnya mengenai perbezaan cara kerja di Jerman dan di Malaysia yang dirasakan sangatlah jauh jurang perbezaannya.

Kalau lihat dalam senarai yang dikeluarkan Kisi, dua daripada bandar Jerman tersenarai dalam lima teratas iaitu Munich dan Hamburg, manakala Berlin pula di kedudukan ke-6.

Ini kerana di Jerman, waktu kerja tamat pada jam 6 maka pada jam 6 jugalah semua pekerja akan pulang. Jika masih ada urusan kerja yang tidak selesai maka ianya akan dibawa ke hari yang seterusnya.

Rakyat di Jerman nampak seperti tidak bekerja atau sangat rileks, tetapi sebenarnya di setiap kerja yang mereka lakukan lebih produktif.

Cara Kerja Di Malaysia

Berbeza dengan kita di Malaysia. Di Malaysia, pekerja rata-ratanya kuat bekerja tetapi dalam sistem yang tidak efisyen. Maka ini bermakna kita bukanlah produktif tetapi teramatlah sibuk.

Kerja kuat ini kemudiannya diturunkan daripada generasi ke generasi sehinggalah pada zaman milenial ini pun masih lagi terikut dengan cara kerja zaman 1980-an.

Work-life balance pada zaman kini menolak eksploitasi pekerja dan memberikan keuntungan kepada pekerja agar pekerja hidup lebih bermaruah; bekerja bukan sebagai hamba kerja.

Bila wujudnya individu yang marah pada staf hospital kerana tertidur semasa bertugas atau marah pada staf yang memohon MC, itu tandanya wujud simptom work-life balance yang buruk; bekerja terlampau kuat dalam sistem tidak efisyen. Hanya selalu sibuk tetapi tidak pernah produktif.

Isu dimaki, dipecat dan lain-lain seakan sudah menjadi normal dalam kehidupan. Akhirnya rakyat Malaysia masih lagi mempunyai kewangan yang tidak stabil, tiada masa senggang, tidur tidak cukup, sentiasa marah dan sedih selalu.

Jadi wujud lagikah maruah sebagai manusia jika semua ini berlaku?

Sumber: Faiz Najmi