Setiap yang berkahwin, pasti mahukan perkahwinan yang kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, kita sebagai manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.
Seorang lelaki menerusi akaun Twitter @genjidotcom berkongsikan pengalaman beliau mengendalikan satu kes perceraian pasangan suami isteri, yang mana beliau sebagi wakil kepada si siteri.
Si suami bersetuju untuk menyelesaikan dengan cara baik dengan perancangan mereka tandatangan satu perjanjian penyelesaian, pergi ke mahkamah dan si suami melafazkan cerai.
Semasa dalam perbincangan pembahagian harta sepencarian yang mana kesemuanya ialah 11 harta, salah satunya berbentuk sebuah kondominium. Secara tiba-tiba, berlakulah sesi throwback yang dimulakan si suami yang menyuruh isterinya mengambil kondominium tersebut kerana ianya adalah harta pertama mereka.
Si isteri membalas, kondominium itu dibeli kerana si suami amat menyukai dapur di sana. Kemudiannya sesi throwback diteruskan dengan kisah kesusahan yang mereka bersama-sama hadapi semasa di awal perkahwinan.
Beliau yang berada di posisi tengah antara pasangan tersebut sudah mula terasa canggung. Tanpa diduga, si isteri telah meminta beliau masa untuk memikirkan kembali perancangan untuk bercerai.
Alhamdulillah. Jika Tuhan sudah kata jodoh sepasang pasangan itu panjang, maka panjanglah ia dan ajaibnya kuasa Tuhan, hanya dengan sekeping kertas, perancangan pasangan (hambaNya) untuk bercerai itu boleh diselamatkan.
Bersyukur dengan apa yang berlaku namun beliau sempay meluahkan rasa risau mahu menjawab apa dengan majikannya kerana pasangan ‘klien’ tersebut sudah tidak mahu meneruskan prosedur untuk teruskan perceraian.
Sumber: Hazieq