Lelaki Ini Kongsikan Tentang Bahaya Gurauan Lucah

office

Pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja adalah perkara biasa asalkan sikap profesionalisme diterapkan dalam komunikasi.

Yang menjadikan pergaulan antara kedua belah pihak tidak elok adalah apabila hubungan menjadi terlalu mesra dan seperti tiada batasan sehingga berani membuat gurauan lucah.

Perkara ini ditegur oleh seorang penceramah motivasi terkenal, Fadzli Aziz. Mari kita selami apa yang beliau sampaikan.

Normalisasi Zina

“Kau tahu tak yang kau punya buah da** tu besar sangat. Tak susah ke nak lari? Kalau jogging, habis bergegar. Hahaha”, sambil gelak ketawa.

gurauan lucah

Terkejut saya dengar perbualan artis lelaki ni yang tegur artis perempuan di depan saya betul-betul.

Masa tu saya dan rakan-rakan UNIC tengah tunggu giliran di belakang pentas untuk buat persembahan.

Saya teringat dialog ni sampai sekarang sebab terkejut masa tu. Kejutan budaya. Saya yang terasa malu dan segan.

Tapi dialog-dialog lawak sebegini apabila berlaku di tempat kerja, sesuatu yang membimbangkan.

Gurauan seperti bertepuk bertampar, berdiri terlalu rapat sehingga masuk kepada intimate space, membiasakan berdua-duaan di tempat kerja boleh menimbulkan banyak peluang ke arah curang dan zina.

Apatah lagi gurauan lucah yang dibiasakan menyebabkan kita tidak lagi merasakan perkara salah itu salah.

Bagi si pelaku yang biasanya lelaki, apabila rakan sekerja perempuan nampak ok walaupun gurauan itu bersifat lucah, si pelaku tadi akan menganggap bahawa si perempuan tadi suka akan gurauannya.

Bahkan dia akan menganggap dia tak bertepuk sebelah tangan. Bahkan mungkin rakan sekerja perempuan juga inginkan perkara yang sama.

Bahkan bercakap lucah ni apabila dilayan akan mampu merangsang nafsu bagi sesetengah orang.

Sebab tu jangan anggap kata-kata hanya bersifat kata-kata semata-mata. Bahkan tanpa sedar boleh berlaku sexual grooming ditempat kerja.

Sebab tu orang lelaki atau perempuan kalau tegas dalam bab ni, si pelaku tak akan berani untuk melanjutkan gurauannya kerana bimbang akan dikenakan tindakan.

Oleh sebab itu, jagalah diri di alam pekerjaan. Kemesraan tidak bermakna boleh bergurau apa sahaja.

Team work yang mantap tidak bermakna mesti berpegangan, bertepuk bertampar di tempat kerja.

Bekerja secara profesional bukan sahaja dari sudut skop dan kepakaran kerja, tetapi profesional juga dari segi agama dan juga hubungan.

Semoga semuanya terjaga.

Sumber: Fadzli Aziz