Lubumbashi

Lemas Sekunder Mandi kolam

Baru-baru ini kami terjumpa video sekumpulan manusia cuba menyelamatkan seekor zirafah yang terbelit oleh wayar besi di laman web Daily Mail Online. Bila tengok lokasi video, tertera perkataan “Lubumbashi”. Huh, pelik sungguh nama tempatnya.

Nak tahu apa yang kami jumpa tentang Lubumbashi?

1) Lubumbashi merupakan bandar kedua terbesar di negara Congo. Bandar terbesar adalah Khinsasa, iaitu ibu negara Congo.

2) Populasi rakyat Lubumbashi adalah seramai lebih kurang 1.5 juta orang.

3) Lubumbashi kaya dengan hasil perlombongan, menyebabkan banyak syarikat perlombongan bertapak di sini.

4) Bahasa rasmi di Lubumbashi adalah bahasa Perancis, yang muncul selepas era penjajahan Belgium di Congo. Tapi rakyatnya juga bercakap dalam bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Kiswahili.

5) Anda perlu mendapatkan visa untuk masuk ke negara Congo, sebelum boleh pergi ke Lubumbashi.

6) Tempat menarik di Lubumbashi

  • National Museum of Lubumbashi
Museum_of_Lubumbashi
Kredit: Wikimedia Commons
  • Zoo Lubumbashi
Zoo of Lubumbashi
Kredit: YouTube
  • University of Lubumbashi
University of Lubumbashi
Kredit: Congo Mission
  • Cathedral of Lubumbashi
  • CathedralKredit: Trip Advisor

7) Penerbangan paling pantas dari Malaysia ke Lubumbashi mengambil masa selama 19 jam, dengan sekurang-kurangnya 2 kali transit.

Anda boleh pilih nak transit melalui South African Airways, Kenya Airways atau Ethiopian Airlines. Tiket penerbangan dari carian terkini bermula dari harga purata RM4,700 ke RM14,300. Boleh tahan mahalnya.

8) Terdapat lebih kurang 27 hotel atau homestay di Lubumbashi. Kadar penginapan satu malam adalah antara RM81 ke RM600.

Antara hotel di sini yang mendapat rating tinggi adalah:

  • Pullman Lubumbashi
pullman lubumbashi
Kredit: Booking.com
  • The Riverside Hotel
The riverside hotel
Kredit: Booking.com
  • Alliance Guesthousse William
the alliance gusthousse
Kredit: Booking.com

9) Makanan halal susah didapati di sini, jadi mungkin anda perlu membawa makanan dalam pek sebagai bekalan. Tapi di sini ada juga pasaraya atau kedai yang menjual barangan runcit, buah-buahan dan sayur-sayuran.

jambomart
Kredit: YouTube

Apapun, kami nak beri amaran sikit. Negara Congo boleh dikategorikan sebagai negara bergolak juga. Pernah ada masalah politik, isu pengganas dan juga wabak seperti Ebola. Jadi jika anda nak pergi, dapatkan status keselamatan dan kesihatan terkini negara tersebut dulu, okey!

Sebelum ini kami ada menyiarkan artikel tentang trend travel 2019, yang mana pelancong global mencari destinasi yang rare untuk dilawati. Ingat, lokasi rare atau tidak, keselamatan diri lebih penting. Tak payah nak ikut travel trend sangatlah, ya. Banyak lagi tempat lain yang lebih selamat untuk anda lawati.

Kredit: Wikitravel