Archives for January 9, 2022

Malaysia Negara Keempat Bimbang Menginjak Usia Tua

Malaysia Bimbang Usia Tua

Secara umum pada usia 50 tahun kebanyakan daripada kita masih perlu bekerja, sama ada untuk menyara hidup atau mengelak mati kebosanan di rumah.

Bagi orang Islam khususnya, inilah juga usia untuk bertenang dan meningkatkan amalan dengan mengerjakan solat serta tuntutan lain.

Menurut kaji selidik sebuah firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd, Malaysia merupakan negara keempat daripada 29 negara yang rakyatnya bimbang menghadapi usia tua.

Dalam satu kenyataan, kajian mengenai ‘Penuaan di Malaysia’, menunjukkan bahawa Malaysia berada pada kedudukan selepas Brazil, China dan Rusia yang masing-masing menduduki tempat pertama hingga ketiga.

Kajian itu mendapati bahawa sejumlah 62% warga Malaysia risau tentang penuaan, berbanding dengan 52% jumlah kebimbangan di seluruh dunia. Manakala bagi warga India hanya 45%, Amerika Syarikat sebanyak 48% dan United Kingdom cuma 50% tidak begitu bimbang apabila menginjak usia tua.

Malaysia Bimbang Usia Tua
Sumber: Malaysia World Times News

Ia turut mendedahkan 49% warga Malaysia tidak optimis tentang penuaan serta bimbang meniti usia tua.

Namun, kajian itu mendapati sejumlah 76% warga Malaysia merasakan bahawa persediaan boleh dibuat bagi meniti usia tua dan keyakinan ini berpunca daripada hakikat bahawa 85% rakyat tempatan menjangkakan kesihatan baik pada usia tua.

“Secara global, hanya 29% bersetuju bahawa warga tua mempunyai pengaruh terlalu banyak dari segi politik. Bagaimanapun, sehingga 44% responden warga Malaysia merasakan warga tua mempunyai pengaruh politik,” menurut kenyataan itu.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa kekurangan optimisme warga Malaysia tentang penuaan diimbangi kepercayaan mereka terhadap teknologi dengan sejumlah 60% warga Malaysia percaya bahawa perkembangan teknologi akan memudahkan kehidupan mereka pada usia tua.

Namun berlainan pula dengan kira-kira 50% warga Eropah percaya bahawa teknologi dapat meningkatkan kehidupan mereka secara drastik pada usia tua. Kajian itu turut menunjukkan warga Malaysia juga beranggapan bahawa usia 56 tahun sebagai permulaan peringkat hidup tua mereka.

Sumber: Berita Harian

Lubumbashi

Lemas Sekunder Mandi kolam

Baru-baru ini kami terjumpa video sekumpulan manusia cuba menyelamatkan seekor zirafah yang terbelit oleh wayar besi di laman web Daily Mail Online. Bila tengok lokasi video, tertera perkataan “Lubumbashi”. Huh, pelik sungguh nama tempatnya.

Nak tahu apa yang kami jumpa tentang Lubumbashi?

1) Lubumbashi merupakan bandar kedua terbesar di negara Congo. Bandar terbesar adalah Khinsasa, iaitu ibu negara Congo.

2) Populasi rakyat Lubumbashi adalah seramai lebih kurang 1.5 juta orang.

3) Lubumbashi kaya dengan hasil perlombongan, menyebabkan banyak syarikat perlombongan bertapak di sini.

4) Bahasa rasmi di Lubumbashi adalah bahasa Perancis, yang muncul selepas era penjajahan Belgium di Congo. Tapi rakyatnya juga bercakap dalam bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Kiswahili.

5) Anda perlu mendapatkan visa untuk masuk ke negara Congo, sebelum boleh pergi ke Lubumbashi.

6) Tempat menarik di Lubumbashi

  • National Museum of Lubumbashi
Museum_of_Lubumbashi
Kredit: Wikimedia Commons
  • Zoo Lubumbashi
Zoo of Lubumbashi
Kredit: YouTube
  • University of Lubumbashi
University of Lubumbashi
Kredit: Congo Mission
  • Cathedral of Lubumbashi
  • CathedralKredit: Trip Advisor

7) Penerbangan paling pantas dari Malaysia ke Lubumbashi mengambil masa selama 19 jam, dengan sekurang-kurangnya 2 kali transit.

Anda boleh pilih nak transit melalui South African Airways, Kenya Airways atau Ethiopian Airlines. Tiket penerbangan dari carian terkini bermula dari harga purata RM4,700 ke RM14,300. Boleh tahan mahalnya.

8) Terdapat lebih kurang 27 hotel atau homestay di Lubumbashi. Kadar penginapan satu malam adalah antara RM81 ke RM600.

Antara hotel di sini yang mendapat rating tinggi adalah:

  • Pullman Lubumbashi
pullman lubumbashi
Kredit: Booking.com
  • The Riverside Hotel
The riverside hotel
Kredit: Booking.com
  • Alliance Guesthousse William
the alliance gusthousse
Kredit: Booking.com

9) Makanan halal susah didapati di sini, jadi mungkin anda perlu membawa makanan dalam pek sebagai bekalan. Tapi di sini ada juga pasaraya atau kedai yang menjual barangan runcit, buah-buahan dan sayur-sayuran.

jambomart
Kredit: YouTube

Apapun, kami nak beri amaran sikit. Negara Congo boleh dikategorikan sebagai negara bergolak juga. Pernah ada masalah politik, isu pengganas dan juga wabak seperti Ebola. Jadi jika anda nak pergi, dapatkan status keselamatan dan kesihatan terkini negara tersebut dulu, okey!

Sebelum ini kami ada menyiarkan artikel tentang trend travel 2019, yang mana pelancong global mencari destinasi yang rare untuk dilawati. Ingat, lokasi rare atau tidak, keselamatan diri lebih penting. Tak payah nak ikut travel trend sangatlah, ya. Banyak lagi tempat lain yang lebih selamat untuk anda lawati.

Kredit: Wikitravel

7 Fakta Menarik Disebalik Sejarah Merdeka Yang Jarang Diketahui

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: The Sun Daily

Kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 pada tahun ini tidak lama lagi. Tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2019 ialah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Di sini, kami ingin kongsikan beberapa fakta yang mungkin hanya segelintir rakyat Malaysia yang mengetahui sejarah kemerdekaan. Kebanyakan daripada kita hanya tahu tanggal 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan tarikh 16 Sepember 1963 merupakan Hari Penubuhan Malaysia.

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: The Patriots

Berikut merupakan fakta menarik tentang penubuhan Malaysia/ Persekutuan Tanah Melayu. Mari sama-sama kita mengimbau sejarah negara tercinta kita.

1. Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu dibuat pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO, Tun Sardon Jubir dan timbalannya, Ahmad Badawi (ayah Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956.

Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (ayah Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

2. Perdana Menteri India dan Raja Thailand hadir ketika Hari Pengisytihran Merdeka. Lebih 20 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka ketika jam tepat 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957. Bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dinaikkan.

Di samping negarawan kita sendiri, seperti Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, upacara itu juga disaksikan oleh wakil-wakil dari negara-negara lain seperti kehadiran Perdana Menteri India, Raja dan Permaisuri Thailand serta wakil Ratu England, Duke of Gloucester.

3. Tunku Abdul Rahman melaungkan pengisytiharan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat di Stadium Merdeka.

4. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dalam tulisan jawi dan Bahasa Inggeris.

5. Selama 28 tahun, rakyat menyambut Hari Kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Namun, pada tahun 1985, Tun Dr. Mahathir (pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia ke-4) memutuskan untuk memindahkan acara sambutan ke bandar raya Melaka.

Sejak itu, acara sambutan Hari Kebangsaan diadakan di serata Malaysia; terutama Dataran Merdeka dan Putrajaya menjadi lokasi utama sambutan itu.

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: Wikipedia

6. Terdapat festival bola sepak untuk meraikan Hari Kemerdekaan. Ketika itu, Malaya (sebelum penubuhan Malaysia) menjadi tuan rumah untuk festival bola sepak Merdeka yang dikenali sebagai Pesta Bola Merdeka.

Pesta Bola Merdeka merupakan sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Semasa 1950-an dan awal 1980-an, ia merupakan satu kejohanan berprestij di kalangan negara-negara Asia kerana para peserta menghantar pemain skuad utama mereka. Hong Kong memenangi kejohanan pertama pada tahun 1957.

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: Semuanyabola

7. Sebanyak 373 penyertaan dalam pertandingan reka bentuk bendera Malaysia dan dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pemilihan. Daripada jumlah itu, hanya tiga rekaan disenarai pendek sebelum bendera Mohamed Hamzah dipilih kerana bendera Mohamed Hamzah mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja.

Ya, Jalur Gemilang yang kita ada pada hari ini merupakan hasil rekaan Mohamed Hamzah.

Jadi, fakta manakah yang menarik bagi anda?

Sumber: MyNewsHubThe Rakyat Post

‘The Friendship Pyramid’ Tentukan Anda Teman Yang Mana Satu

The Pyramid Friendship Tahap rakan

Istilah rakan, teman dan kawan semuanya ada makna yang berbeza. Sama juga seperti piramid makanan, piramid ‘kawan’ ini merupakan satu panduan mudah bagi individu untuk mengetahui di mana kedudukan mereka di hati individu lain.

Mari kita lihat, apakah itu ‘The Friendship Pyramid’.

The Friendship Pyramid 1

Jika ‘rakan’ anda mengatakan, “kita kawan sahaja,” tunjukkan pada beliau piramid ini dan tanya di mana kedudukan anda. Jika berada di kedudukan enam (dari bawah piramid) ke bawah, maka anda cumalah rakan yang hanya biasa.

Manakala jika beliau meletakkan anda di kedudukan ke tujuh hingga ke sembilan (dari bawah), istilahnya mungkin rakan baik.

Jika berada di kedudukan 10 dan 11 (dari bawah), anda boleh menggelarkan diri anda sebagai sahabat dan pada kedudukan dua teratas (dari atas piramid) pula bakal membawa anda ke dimensi definisi lebih daripada sahabat iaitu kekasih atau jodoh.

Itu definisi menurut istilah ‘The Friendship Pyramid’ Bahasa Arab. Bagaimana pula dengan umum mengenai persahabatan?

Jom lihat carta piramid di bawah.

The Friendship Pyramid

Terbahagi kepada empat iaitu, rakan biasa atau kenalan, komuniti, rakan baik dan sahabat. Ikatan persabahatan boleh membangun daripada rakan biasa kepada komuniti kemudian kepada rakan baik yang membawa kepada gelaran sahabat (hingga syurga).

Ada juga yang boleh menurunkan ikatan persahabatan dengan keadaan tertentu, sebagai contoh rakan baik mungkin hanya bertukar kepada rakan biasa jika berlakunya krisis sepanjang berkawan.

Bak kata Aristotle,

“Rakan kepada semua orang bukan rakan sesiapa.”

Jadilah individu yang bijak memilih rakan dan mengkategorikan beliau berada di kedudukan ‘The Friendship Pyramid’ mana.

Wanita Jumpa Berlian 3.72 Karat Ketika Tonton Cara Mencarinya

Jumpa Sambil Tonton Cari Berlian

Bagaikan durian runtuh, wanita dari Texas ini mungkin tidak menyangka hanya duduk santai akan menjadi mimpi indah seumur hidupnya. Mana tidaknya, ketika sedang menikmati waktu rehat sambil menonton cara-cara mencari berlian di Youtube, dia menemui berlian di tempat duduknya.

Wanita yang dikenali sebagai Miranda Hollingshead berkunjung ke Taman Negara Berlian di Arkansas bersama keluarganya. Miranda telah bersiar-siar selama sejam di sekitar taman itu dan kemudian berhenti berehat di kaki bukit. Dia melepaskan penatnya dengan menonton Youtube.

Ketika sedang menonton sambil memantau anaknya, tidak semena-mena dia ternampak satu berlian kuning tersekat di celah batuan.

Dia cuba mencari untuk memastikan adakah benar itu sebutir berlian dan sememangnya ya. Ia merupakan antara berlian terbesar dengan seberat 3.72 karat yang pernah didaftarkan di taman negeri itu sejak Mac 2017.

Jumpa Sambil Tonton Cari Berlian
Sumber: Gizmodo

Menurut pegawai Taman Negara Berlian, berlian berwarna kuning cair dan bersaiz kira-kira sebesar pemadam pensel itu mungkin ditemui disebabkan hujan di sana. Kemungkinan berlian yang dijumpai itu terbentuk daripada batuan gunung berapi.

Menerusi laman web taman itu, hampir 320 berlian telah dijumpai dan didaftarkan di taman itu sepanjang tahun 2019. Jika dikumpulkan, berlian itu membentuk 63.49 karat.

Taman Negara Berlian mempunyai polisi finder keepers, iaitu sesiapa yang menjumpai berlian mempunyai hak untuk menyimpannya. Jika ada kelapangan, bolehlah berkunjung ke taman negara itu berkemungkinan anda juga boleh terjumpa sebutir berlian?

Sumber: Gizmodo

Lelaki Ini Kongsi Kisah Pasangan Batal Niat Bercerai Gara-Gara Sehelai Kertas

Tak Jadi VCerai

Setiap yang berkahwin, pasti mahukan perkahwinan yang kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, kita sebagai manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Seorang lelaki menerusi akaun Twitter @genjidotcom berkongsikan pengalaman beliau mengendalikan satu kes perceraian pasangan suami isteri, yang mana beliau sebagi wakil kepada si siteri.

Si suami bersetuju untuk menyelesaikan dengan cara baik dengan perancangan mereka tandatangan satu perjanjian penyelesaian, pergi ke mahkamah dan si suami melafazkan cerai.

Semasa dalam perbincangan pembahagian harta sepencarian yang mana kesemuanya ialah 11 harta, salah satunya berbentuk sebuah kondominium. Secara tiba-tiba, berlakulah sesi throwback yang dimulakan si suami yang menyuruh isterinya mengambil kondominium tersebut kerana ianya adalah harta pertama mereka.

Tak Jadi Cerai

Si isteri membalas, kondominium itu dibeli kerana si suami amat menyukai dapur di sana. Kemudiannya sesi throwback diteruskan dengan kisah kesusahan yang mereka bersama-sama hadapi semasa di awal perkahwinan.

Beliau yang berada di posisi tengah antara pasangan tersebut sudah mula terasa canggung. Tanpa diduga, si isteri telah meminta beliau masa untuk memikirkan kembali perancangan untuk bercerai.

Alhamdulillah. Jika Tuhan sudah kata jodoh sepasang pasangan itu panjang, maka panjanglah ia dan ajaibnya kuasa Tuhan, hanya dengan sekeping kertas, perancangan pasangan (hambaNya) untuk bercerai itu boleh diselamatkan.

Bersyukur dengan apa yang berlaku namun beliau sempay meluahkan rasa risau mahu menjawab apa dengan majikannya kerana pasangan ‘klien’ tersebut sudah tidak mahu meneruskan prosedur untuk teruskan perceraian.

Sumber: Hazieq

Guru Paksa Pelajar Pakai Kotak Untuk Elak Meniru

Pakai Kotak Elak Meniru

Peperiksaan adalah satu medan pertempuran minda bagi seorang yang bergelar pelajar. kerana ianyalah yang akan menentukan masa hadapan mereka.

Seorang guru di Mexico telah tular kerana menggunakan taktik memakai kotak di kepala para pelajarnya yang sedang menjawab peperiksaan di Kolej Sarjana Muda, Tlaxcala gara-gara mahu mengelakkan pelajarnya untuk meniru dan mengehadkan penglihatan mereka.

Beliau dikatakan telah melanggar hak asasi pelajar dan memalukan mereka susulan daripada tularnya gambar para pelajar yang sedang menjawab peperiksaan dengan kotak di kepala.

Walau bagaimanapun, penularan gambar terbabit mencetuskan kontroversi dan mendapat pujian ramai pihak kerana cara guru tersebut merupakan cara yang berkesan bagi mengelakkan aktiviti meniru dalam peperiksaan.

Pakai Kotak Elak Meniru 1

Ini bukan satu benda yang baharu, di Thailand pada tahun 2013, pelajar sekolah diminta untuk memakai topi khas yang diperbuat daripada kertas bagi mengelakkan kejadian yang sama.

Sumber: Oddity Central

5 Sebab Kenyataan “Individu Sambung Master Ada Ego Tinggi” Lelaki Ini Dibidas Seorang Pensyarah UPM

Individu Sambung Master dan PhD Ego 1

Umum mengetahui carta sistem pendidikan di Malaysia yang mana bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Pada tahap universiti, ada tahap yang akan bermula dengan asasi, diploma, Ijazah Sarjana Muda (Degree), Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Baru-baru ini, tular mengenai satu video yang memperlihatkan seorang lelaki, Adib Afifi Hasan menyatakan pendapat peribadi beliau mengenai menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah adalah idea terburuk untuk seseorang.

Nak tahu kenapa? Antara isi yang boleh kami simpulkan daripada penjelasan beliau:

1. Pemegang dua ijazah ini memiliki ego yang tinggi dan sukar dibentuk.

2. Kualifikasi Ijazah Sarjana Muda dan Diploma lebih relevan dalam industri di Malaysia.

3. Pemegang Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah ada yang takut masuk ke dalam bidang pekerjaan; tidak tahu mahu lakukan apa selepas selesai pengajian Ijazah Sarjana Muda.

4. Pemegang Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah mahukan gaji yang lebih tinggi, sesuai dengan kualifiikasi mereka.

5. Sambung pengajian Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah hanya kerana mahu masuk ke dalam bidang pendidikan.

Seperti biasa, ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat peribadi yang beliau utarakan. Seorang pensyarah di Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Hayrol Azril bin Mohamed Shaffril tampil memberikan penjelasan mengapa video saudara Adib Afifi Hasan boleh mencetuskan kontroversi.

1. Sensitiviti

Saudara Adib perlu tahu individu yang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah ini ada masalah yang mereka perlu hadapi sama ada daripada segi kesihatan, kewangan, berjauhan dengan keluarga dan sebagainya.

Beliau perlu cakna dengan reaksi emosi atau perasaan individu yang perlu mengharungi segala ini apabila video beliau seakan diperkotak-katikkan matlamat dan tujuan mereka.

2. Stereotaip pada semua pemegang Master dan PhD

Saudara Adib seakan memukul rata bahawa pemegang Ijazah Sarjana mempunyai ego yang tinggi dan sukar dibentuk. Dengan pemerhatian dan kajian yang beliau lakukan sebenarnya agak berat sebelah kerana sampel yang sikit dan langsung tidak boleh menggambarkan keseluruhan pemegang Ijazah Sarjana.

3. Sambung Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah hanya untuk jadi pensyarah?

Tidak semua individu yang menyambung ke dua peringkat pengajian ini berhasrat mahu meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan. Hakikatnya, ada sahaja golongan Pegawai Tadbir Daerah, guru, pemandu teksi, suri rumah, pembantu peribadi dan lain-lain lagi yang menyambung pengajian dalam kedua-dua peringkat pengajian ini.

Individu Sambung Master dan PhD Ego

4. Pemegang Ijazah Sarjana dan Doktor Fasafah mahukan gaji yang tinggi

Saudara Adib ada menyebut mengenai pemegang Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah ini menyambung pengajian kerana mahukan kenaikan dalam pangkat dan mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

Hakikatnya, ada sahaja individu yang menyambung pengajian kerana sebab-sebab lain seperti mahukan kepuasan untuk diri sendiri, memberikan contoh yang baik kepada anak-anak, keluarga, mencabar diri mencuba sesuatu yang baru dan mendapatkan ilmu yang baharu.

5. Cukup dengan Ijazah Sarjana Muda, individu boleh berjaya dalam industri di Malaysia

Kenyataan ini amatlah tidak tepat. Kata saudara Adib, untuk berjaya dalam industri di Malaysia, sekurangnya perlu ada kelulusan Ijazah Sarjana Muda. Kenyataan ini memang tidak dinafikan ada benarnya; tak individu yang boleh berjaya dengan hanya kelulusan PMR namun adakah ini bermakna perlu ditutup semua sekolah dan universiti?

Sumber: Hayrol Azril Hayrol

Di Sebalik Tabir Kekuatan Ekonomi Empayar Al-Arqam Dengan Nilai Lebih RM500 Juta

Ekonomi Pertubuhan Al-Arqam 5

Al-Arqam atau nama panjangnya Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad.

Ajaran-ajaran Al-Arqam ini mendapat sambutan ramai dan dianggap sebagai unggul sehinggalah badan tersebut diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Ekonomi Pertubuhan Al-Arqam 4

Gerakan ini giat menyebarkan kegiatan ‘dakwah’ bahawa mereka percaya bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925 masih hidup dan beliau adalah Imam Mahdi dengan menganalogikannya melalui Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir.

Kegiatan ini disebarkan melalui pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, pertanian dan lain-lain. 

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zayed Zulkifli berkongsikan sekuat mana ekonomi Pertubuhan Al-Arqam ini?

Beliau juga sempat berkongsikan tiga nostalgianya dengan Al-Arqam, iaitu:

1. Ibu saudaranya ada menghantar anaknya (sepupu beliau) ke tadika Al-Arqam. Suatu hari pada waktu malam, sepupunya menunjukkan bulan dan memberitahu beliau ternampak wajah abuya pada bulan.

2. Ketika di zaman kolej, seorang rakan beliau merupakan pengikut tegar Al-Arqam. Beliau sempat membaca beberapa majalah komik Al-Arqam, dan ada juga yang menjawab persoalan mengapa Al-Arqam itu tidak haram dan sesat.

3. Di kampung beliau (daerah Kerian), ada seorang pak cik, pengikut Al-Arqam yang berniaga roti khurasan di pasar malam. Setiap kali berniaga, beliau akan memakai pakaian seragam Al-Arqam, iaitu jubah hijau dan seban hijau.

Masih lagi berniaga di sana, kali ini dibantu anaknya cuma bezanya tiada lagi pakaian Al-Arqam. Roti khurasan beliau adalah roti burger berinti daging dan disalut dengan kulit popiah dan digoreng. Setiap kali jualan, pasti gerainya dipenuhi orang yang beratur panjang.

Ekonomi Pertubuhan Al-Arqam

Tiga nostalgia ini menggambarkan bagaimana Al-Arqam berjaya merentas pasaran dalam pelbagai sudut. Dengan hanya berdasarkan kepada komuniti mereka, ekonomi Al-Arqam menjadi mantap.

Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri menganggarkan pengikut tegar Al-Arqam adalah sekitar 6,000 orang dan simpatisan sekitar 10,000 hingga 15,000 pada tahun 1994. Dalam jurnal akademik pula menyatakan simpatisan Al-Arqam sekitar 200,000 orang.

Mengikut data sehingga tahun 1993, secara keseluruhannya, Pertubuhan Al-Arqam ini telah mengendalikan 417 projek ekonomi, termasuklah 56 buah kilang perusahaan yang mengeluarkan 60 jenama barangan yang berlainan, 20 buah pasar mini, 52 buah kedai runcit, 36 buah kedai buku, 21 buah kedai jahitan, 12 buah bengkel kenderaan, 18 buah restoran, 33 buah bas dan 20 buah teksi.

Ekonomi Pertubuhan Al-Arqam 1

Pertubuhan Al-Arqam juga merupakan perintis kepada industri makanan halal di Malaysia dengan aset tetap dalam negeri berjumlah RM300 juta!

Tidak terhenti di situ, Pertubuhan Al-Arqam mempunyai klinik, tadika, sekolah dan studio rakaman seperti Kumpulan Nasyid Nada Murni dan The Zikr. Setelah diharamkan kerajaan, Nada Murni dijenamakan semula dengan nama Rabbani dan Hijjaz. Manakala, The Zikr pula muncul dengan nama Raihan yang menempa album puji-pujian paling laris dalam sejarah Malaysia dengan jualam kaset dan CD sebanyak 3.5 juta unit.

Dengan hanya simpatisan daripada orang sekeliling, Pertubuhan Al-Arqam boleh mewujudkan empayar perniagaan dengan nilai RM300 juta, jika diubah ke 2018 mungkin sudah sekitar RM500 juta.

Bayangkan dengan jumlah umat Islam sekitar 19 juta atau 61% daripada populasi di Malaysia yang berpendapatan aktif sekitar RM8 juta, besar atau tidak pasaran halal di Malaysia untuk dimanfaatkan bersama?

Sumber: Zayed Zulfikli

Hijrah Ke Bandar Tak Mampu Ubah Taraf Hidup – Penganalisis Ekonomi

Kuala Lumpur bandar rendah kerjaya hidup seimbang
Sumber: Twitter

Ramai anak muda yang lebih gemar bekerja di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar kerana merasakan hidup di bandar boleh menjanjikan taraf hidup yang selesa dan mewah.

Namun, hakikatnya masalah kewangan masih lagi tidak mampu diselesaikan malah sebahagian besar daripada mereka termasuk dalam golongan miskin bandar.

Penganalisis sosial, Mohammad Shatar Sabran berkata tanggapan yang sudah ada dalam kalangan masyarakat sejak 20 tahun lalu perlu dihapuskan dan masyarakat luar bandar harus lebih kreatif mencari dan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan mereka.

Ekoran daripada proses modenisasi yang pesat, jurang pembangunan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar tidak jauh beza. Pemain industri perlu bijak memainkan peranan dalam menarik perhatian tenaga buruh untuk bekerja di kawasan luar bandar.

Sebagai contoh, bekerja di kawasan luar bandar boleh menjimatkan daripada segi masa dan ekonomi kerana tidak perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas serta kos sara hidup yang lebih murah.

Penganalisis ekonomi, Barjoyai Bardai pula berkata Malaysia menghadapi masalah miskin bandar kerana hampir 70% daripada isi rumah luar bandar berhijrah ke bandar sejak lima tahun lepas.

Kerja di Bandar

Kualiti hidup juga akan merosot kerana penginapan di kawasan bandar yang mahal menyebabkan ada di antara penghijrah yang terpaksa duduk di kawasan setinggan, berbanding jika di kawasan luar bandar yang jauh lebih selesa dengan pembayaran sewa yang sama.

Walaupun bekerja tetap dan ada yang bekerja di sektor awam, pendapatan dengan gaji minimum RM1,100 jauh lebih rendah dengan kos sara hidup minimum gaji RM2,500 untuk isi rumah berkahwin.

Untuk menyelesaikan masalah ini beliau menyarankan agar menggalakkan penghijrahan ke kampung kerana dalam masa 20 tahun lagi, hampir 80 kawasan di luar bandar di seluruh negara akan menjadi kawasan perbandaran.

Sumber: FMT