Archives for January 9, 2022

Individu Kelahiran 1985-1995 Adalah Generasi Umur Paling Unik Dan ‘Awesome’

Generasi Umur Paling Unik 2

Dalam masyarakat dan negara yang terdiri daripada pelbagai generasi pastinya tidak akan terlepas dengan masalah ‘jurang generasi’. Bermula daripada gaya hidup sehinggalah kepada jati diri individu, ianya seakan menjadi punca kepada renggangnya hubungan antara generasi.

Don Tapscott dalam bukunya yang bertajuk ‘Grown Up Digital’ membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kategori iaitu Pre Baby Boom, The Baby Boom, The Baby Bust, The Echo of The Baby Boom, Generation Net dan Generation Alpha.

Generasi Umur Paling Unik
Sumber: Zalila Isa

Namun dalam banyak-banyak generasi di atas, ada yang berpendapat bahawa individu yang lahir di antara tahun 1985 sehingga 1995 adalah generasi yang paling unik.

Nak tahu kenapa? Mari kita rungkaikan.

1. Generasi ini lahir di antara dua generasi yang mana salah satunya adalah sebelum adanya talian internet dan sesudah dunia mula diambil alih oleh teknologi-teknologi canggih.

2. Generasi sebelum mereka percaya bahawa kerja keras adalah kunci kepada segala kejayaan manakala generasi selepasnya percaya pada pengurusan kerja yang bijak. Work hard vs work smart.

3. Generasi ini melihat semua evolusi kecanggihan teknologi bermula daripada radio, televisyen, zaman CD dan DVD, walkman sehinggalah kepada Netflix, Snapchat, media sosial dan sebagainya.

Generasi Umur Paling Unik 1

4. Generasi sebelumnya boleh ditipu hanya dengan menggunakan pesanan emel ringkas yang menawarkan kasih sayang. Manakala generasi selepasnya percaya perlunya beberapa emel untuk dibahagikan mengikut fungsi; peribadi, kerja, sosial media, transaksi kewangan dan sebagainya.

5. Generasi sebelumnya akan mengikut tradisi yang diturunkan tanpa soal jawab yang panjang. Manakala, generasi antara tahun ini mengenali tradisi dan hanya akan patuh sekiranya ia dirasakan rasional. Berbeza dengan generasi seterusnya, jarang di antara mereka mengenali tradisi.

6. Generasi ini merupakan generasi yang lahir di antara ‘umur industri’ dengan ‘umur internet’ yang mana generasi sebelum ini tidak faham apa yang berlaku kini dan generasi selepasnya tidak memahami apa yang berlaku dahulu (asal usul).

Walaupun ianya tidak mudah, tetapi ketahuilah anda berpeluang menjalani kehidupan dan melihat sendiri evolusi teknologi sepanjang membesar adalah momen paling berharga yang tidak semua boleh menikmatinya.

Jadi sesiapa yang lahir di antara tahun tersebut, berbanggalah. Sekurangnya kehadiran anda telah berjaya merapatkan jurang di antara generasi terdahulu dengan generasi terkini.

Sumber: Zambian Influencer

Kadar Kesuburan Rakyat Malaysia Semakin Menurun Menjelang 2072

Kadar Kesuburan Rakyat Malaysia 1

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga tahun 2018, penduduk Malaysia sudah dianggarkan sebanyak 32.4 juta orang dengan kadar pertumbuhan sebanyak 1.1% yang mana hanya 29.06 juta orang adalah warganegara dan 3.32 juta adalah bukan warganegara.

Bakal mencapai kemuncak populasi seramai 46 juta orang menjelang tahun 2071, angka ini mungkin akan mengalami penguncupan menjelang tahun 2072 gara-gara kadar kesuburan rakyat yang semakin menurun.

Kadar Kesuburan Rakyat Malaysia

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, situasi ini berkemungkinan besar akan bertambah parah kerana ianya bukan sahaja akan menyebabkan kekurangan sumber tenaga kerja malah membawa kepada terjejasnya pembangunan negara.

Disebabkan hal inilah, kerajaan mementingkan penyertaan tenaga buruh daripada kalangan wanita dan mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja dan agensi-agensi kerajaan.

Dengan mewujudkan ekosistem sesuai untuk wanita menjalankan peranan sebagai ibu yang bekerja, beliau memberitahu kewujudan TASKA adalah penting supaya kaum wanita boleh bekerja untuk membantu dalam menyara kehidupan sekeluarga.

Sumber: Astro Awani

Peguam Syarie Tegur Produksi Drama Melayu Supaya Henti Didik Masyarakat Bercerai Luar Mahkamah

Drama Melayu Bercerai 6

Filem atau drama di televisyen bukan hanya memberikan hiburan semata, tetapi juga berperanan dalam mendidik masyarakat. Oleh itu, pihak pengurusan filem perlulah mengetahui atau mahir dalam tema yang mereka mahu angkat kepada masyarakat supaya ianya tidak bercanggah dengan hukum.

Contohnya mengenai isu perceraian. Perceraian atau perpisahan pasangan yang sudah berkahwin bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara tergesa-gesa. Banyak aturan dan perkara yang perlu dipatuhi sebelum ianya diputuskan.

Seorang peguam syarie terpanggil untuk menegur pihak pengurusan filem supaya berhenti daripada mendidik masyrakat mengenai perceraian di luar mahkamah.

Drama Melayu Bercerai

Lafaz cerai mungkin hanya sah disisi syarak kalau cukup rukunnya, ia bukan perkara yang boleh dibuat main dan mudah-mudah dilafazkan.

Drama Melayu Bercerai 1

Apa yang perlu buat kalau sudah terlafaz cerai di luar mahkamah? Ini caranya…

Drama Melayu Bercerai 2

Ada kesan atau tidak kes lafaz cerai di luar mahkamah ini?

Drama Melayu Bercerai 3

Macam mana roses cerai yang sebenar?

Drama Melayu Bercerai 4

Kalau anda penggemar filem dan drama Melayu, pasti anda akan alert dengan kesilapan begini. Drama Melayu kini bukan sahaja terima kritikan daripada pihak peguam syarie, tetapi pernah juga beberapa kali ditegur pihak pakar perubatan berikutan daripada kesalahan penggunaan alatan perubatan.

Sumber: Peguam Syarie Kedah Penang Perak & Perlis : Khairul Fahmi & Associates

5 Tabiat Selesaikan Kerja Di Pejabat Secara Bijak

tabiat selesaikan kerja dengan bijak
Sumber: Liputan

Dalam rutin pekerjaan seharian tidak kira di pejabat atau di tempat lain tentu anda pernah mengalami tekanan atau stress.

Bergantung kepada jenis pekerjaan, sesetengah projek akan pasti memberi tekanan kepada fizikal dan mental. Dalam hal itu, pasti anda pernah mengalami situasi yang mana tugasan yang diterima sukar untuk diselesaikan dalam tempoh masa yang diberikan.

Bukan kerana kita tidak boleh lakukannya, tetapi kerana tabiat kita yang mungkin salah dan perlu diubah dalam mencapai produktiviti yang maksimum.

Pembuangan masa yang berlebihan dan cara kerja yang tidak efisien mungkin menjadi faktor masalah tersebut.

Berikut merupakan 5 tabiat yang kita boleh selesaikan kerja secara bijak.

1. Menyediakan to-do-list

Senaraikan apa yang akan lakukan hari itu sejurus sampai ke pejabat, dan cuba selesaikannya mengikut senarai berkenaan. Dengan itu, waktu yang ada di pejabat lebih terisi dan tidak terbuang begitu sahaja.

2. Letak telefon pintar ke tepi

Jika anda perlu berurusan melalui pesanan telefon, gunakan sahaja aplikasi berkenaan di komputer anda. Ingat, jangan terlalu lama menghadap media sosial, ia akan melengahkan urusan kerja anda. Simpan dahulu masa untuk membaca blog atau portal, gunakan masa itu apabila kerja selesai.

tabiat selesaikan kerja dengan bijak
Sumber: FMT

3. Utamakan kerja yang penting

Selesaikan dahulu tugasan yang mustahak sebelum melangkau ke kerja yang seterusnya. Tinggalkan kerja yang kurang penting di bahagian terakhir. Ini pasti akan meningkatkan tahap efisyen anda terhadap kerja.

4. Don’t work hard, but work smart

Sekiranya anda diberikan tugas yang besar dan berat, tidak salah sekiranya anda meminta pertolongan rakan sekerja atau bertukar-tukar pendapat mengenai idea menyelesaikannnya. Selalunya, dengan meminta pertolongan banyak perkara boleh diselesaikan dengan secepat mungkin.

5. Cuba lakukan lebih satu kerja dalam satu masa

Tidak salah kalau mencuba, ia akan membuat masa anda lebih terisi. Mana tahu, percubaan dua kerja pada satu masa anda, membuahkan hasil. Anda juga yang untung.

Diharapkan idea-idea di atas dapat membantu anda bekerja secara efisien di tempat kerja.

Sumber: Astro Awani

7 Sahabat Ini Beli Banglo Untuk Hidup Bersama Setelah Bersara

sahabat hidup bersama setelah bersara
Sumber: Youtube

“Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia”
Sahabat Selamanya – Padi

Tidak semua orang dapat mengekalkan persahabatan dalam jangka masa yang panjang atau sampai ke tua. Namun, ia tidak mustahil bagi tujuh sahabat di China ini.

sahabat hidup bersama setelah bersara

Pada awalnya, hidup bersama setelah bersara pada umur 60 tahun hanyalah jenaka yang dibuat antara mereka 10 tahun lalu.

Namun, impian mereka untuk hidup bersama akhirnya menjadi realiti apabila mereka membeli sebuah kediaman di pinggir bandar Gunagzhou, wilayah Guangdong. Kediaman yang dibeli itu berkeluasan 700 meter persegi.

Setelah sedekad, mereka bercadang untuk membeli sebuah kediaman di kawasan kampung untuk tinggal bersama. Kediaman tingkat tiga yang mereka beli ini berjumlah 4 juta yuan (~RM 2,406,960).

sahabat hidup bersama setelah bersara

Bila semua perempuan tinggal bersama, nak memasak memang meriah ni!

sahabat hidup bersama setelah bersara

Lokasi kediaman ini dikelilingi sawah padi, di tingkat bawah berkonsepkan ruangan untuk bersantai beramai-ramai manakala di tingkat atas untuk ruangan peribadi.

sahabat hidup bersama setelah bersara
sahabat hidup bersama setelah bersara

Mereka berharap dapat tinggal bersama sekurang-kurangnya 10 tahun lagi.

Mungkin inilah dikatakan #friendshipgoals.

Lelaki Ini Cerita Sisi Gelap Sekolah Asrama Yang Ramai Orang Tak Tahu

Sekolah Asrama 1
Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 4
Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 9
Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 10
Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 11
Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 12

Menginjak ke umur 13 tahun, ramai yang dilema sama ada mahu teruskan di sekolah harian atau pun sekolah berasrama.

Pada ketika inilah akan adanya ibu bapa yang memainkan peranan dalam memaksa anak-anak remaja mereka untuk melakukan pilihan yang mereka (ibu bapa) mahukan.

Tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa yang menggunung, ramai anak-anak akhirnya mengikut sahaja kehendak mereka walaupun hati tidak rela.

Sekolah Asrama

Tapi apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia kehidupan berasrama ini sehinggakan ramai yang menolaknya?

Jom dengar lelaki ini rungkai kisah atau sisi gelap sekolah asrama yang tak ramai orang tahu; berdasarkan pemerhatian beliau sebagai seorang bekas pelajar sekolah asrama.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama

1. Pelajar cemerlang tidak semestinya baik.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 1

2. Geng nakal lebih dominan.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 2

3. Senioriti melambangkan kuasa.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 3

4. Apabila si nakal diberi kuasa.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 4

5. Dunia tertutup dan tidak berkembang.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 5

6. Guru kurang kompromi.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 6

7. Kawan tinggal jauh-jauh.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 7

8. Akademik nombor satu.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 8

9. Sindrom perasaan elitis.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 9

10. Pengaruh hubungan homoseks.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 10

11. Kurang mesra dengan keluarga.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 11

Banyak poin-poin beliau kupas di atas boleh difahami oleh mereka yang pernah merasai duduk di asrama. Bergelar budak asrama bukanlah langsung tiada sisi baiknya, namun ada kalanya beberapa peristiwa menyebabkan ‘budak asrama’ ini seperti menyesal masuk ke asrama.

Sisi Gelap Kehidupan Berasrama 12

Jangan terlalu awal mengecam dan mengambil bulat-bulat apa yang beliau tuliskan. Ada baiknya anda nilai sendiri bagaimana peristiwa buruk dan baik tinggal di asrama diceritakan oleh seorang ‘budak asrama’.

Untuk baca pendapat beliau tentang sisi baik tinggal berasrama, bolehlah baca di SINI.

Sumber: Putra Nubhan

Digelar Genius, Lelaki Ini Berjaya Dapatkan Cuti Dengan ‘Photoshop’ Tayar Kereta Miliknya

Photoshop Tayar Kereta Untuk Cuti 6

Semua orang pernah terfikir cara kreatif ‘menipu’ semata-mata mahukan cuti. Namun tidak semua ada keyakinan dan keberanian untuk melaksanakannya, malah mengakuinya.

Seorang lelaki dengan ID @PapaBoardslide tular apabila salah satu hantaran di laman Twitternya disebarkan dengan 40,508 ulang kicau dan 207,064 sukaan apabila melakukan pengakuannya menipu semata untuk dapatkan cuti.

Sanggup melakukan pengubahsuaian gambar atau ‘photoshop’ tayar kenderaannya yang pecah, beliau memberitahu ianya adalah salah satu momen yang amat beliau kagumi sepanjang hidupnya.

Photoshop Tayar Kereta Untuk Cuti

Yang kelakarnya, jika diperhatikan secara teliti dapat dikenal pasti kedudukan spanar lug (lug wrench) kelihatan seperti terapung selain daripada keadaan tayar yang ‘pelik’.

Entah macam mana boleh terlepas pun tak tahulah.

Rata-rata pengguna Twitter memuji kebijaksanaan beliau, malah ada juga yang sempat berseloroh memberikan cadangan dengan penambahan beberapa ‘adegan lucu’ untuk beliau dapatkan cuti yang lebih lama.

Antaranya:

Photoshop Tayar Kereta Untuk Cuti 1
Photoshop Tayar Kereta Untuk Cuti 2
Photoshop Tayar Kereta Untuk Cuti 3

Bijak betul. Kalau anda pun pernah lakukan ini dan terlepas, memang bernasib baik. Tetapi untuk menipu semata mahu dapatkan cuti, ada risiko yang perlu anda hadapi. Kalau tidak, tanggunglah akibatnya jika terkantoi.

Sumber: Papa Boardslide

Pencinta Buku, Anda Jenis Yang Mana Satu?

Hubungan Buku Dan Individu 2

Setiap individu ada hobi yang berlainan walaupun ianya dalam bidang yang sama. Sebagai contoh, mencintai bidang perbukuan. Ramai orang mencintai bidang perbukuan, namun cara-cara memaparkan rasa cinta itu berbeza.

Tahukah anda, rupanya tabiat individu dengan buku boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis? Untuk tahu anda jenis yang mana, jom teruskan bacaan.

1. Bibliophile

Individu jenis bibliophile ialah individu yang benar-benar mencintai buku; membaca dan mengumpul. Namun ianya tidak dilihat berlebihan kerana individu jenis ini berfikir secara rasional.

2. Book Sniffer

Jika anda ada tabiat menghidu buku, anda adalah individu jenis ini. Individu Book Sniffer merasa puas apabila beliau dapat menghidu aroma buku sama ada daripada buku baharu atau pun buku lama.

Hubungan Buku Dan Individu

3. Bibliomania

Anda gemar mengumpul buku sehingga jumlahnya mampu membina sebuah perpustakaan mini? Jika ia, sedarlah anda seorang bibliomania sebagai cara mahu lari daripada dunia sebenar yang tidak harmoni.

4. Tsundoku

Istilah ini merupakan istilah dari Jepun untuk mereka yang sangat suka membeli buku tetapi tidak suka membacanya. Bagi individu ini, membeli buku mampu meredakan ‘nafsu’ mereka pada buku.

5. Bibliotaphs

Individu jenis Bibliotaphs tidak suka buku milik mereka dipinjam kerana risau jika ianya nanti dipulangkan dalam keadaan rosak, atau mungkin langsung tidak dipulangkan. Bagi mengatasi rasa tersebut, individu ini lebih suka menyembunyikan buku-bukunya daripada memaparkannya.

6. Bibliokleptomania

Jika anda anda tabiat terlupa atau sengaja lupa tentang buku yang anda pinjam malah berniat mahu mencurinya kerana tidak mampu memilikinya, ketahuilah anda adalah individu jenis Bibliokleptomania.

7. Biblioarti

Individu Biblioarti berkecenderungan mempunyai rasa kagum berlebihan pada buku dan mempunyai keinginan yang kuat untuk melindungi buku (walaupun bukan miliknya) supaya tidak diambil orang lain.

8. Bibliognost

Golongan individu ini memang semua benda dia mahu tahu. Bermula daripada daftar pustaka sehinggalah kepada isi buku, semuanya dibaca dengan teliti. Rajin sungguh!

9. Bibliobibuli

Jika anda jenis yang ini anda memang hebat. Iyalah, mampu membaca di mana sahaja; hatta dalam kenderaan yang bergerak! Sebab itulah individu jenis ini mampu menghabiskan pembacaan buku berhalaman sederhana tebal dalam masa beberapa jam sahaja.

10. Librocubicularist

Semua orang pasti sukakan ini iaitu membaca di tempat tidur. Betul kan? Ada juga sesetengah individu ini akhirnya dibaca oleh buku, bukannya dia membaca buku.

Hubungan Buku Dan Individu 1

11. Abibliophobia

Abibliophobia merupakan istilah untuk orang yang sangat takut kehabisan bahan bacaan. Jadinya, individu jenis ini gemar membeli buku dengan banyak dalam sesuatu masa.

12. Bibliopegy

Istilah ini bukan tabiat tetapi lebih kepada perbuatan membalut buku dengan menggunakan kulit manusia. Mungkin pada zaman sekarang sudah tiada, tetapi pada masa dahulu, ianya sangat terkenal di Eropah.

13. Bookworm

Ramai salah anggap dengan istilah ini. Bookworm adalah istilah untuk mereka yang mencintai buku tetapi rasa cintanya pada buku tidak setinggi atau sekuat Bibliophile yang sanggup mengumpul buku. Bagi Bookworm, cukuplah sekadar membaca isinya sahaja.

Ada juga beberapa istilah lain bagi menggambarkan hubungan anda dengan buku, antaranya Bibliokas dan Bibliofobia yang tidak menggemari buku. Berdasarkan senarai di atas, anda rasa anda jenis yang mana berdasarkan hubungan anda dengan buku?

Bolehlah kongsikan bersama kami di ruangan komen.

6 Cara Kesan Kamera Tersembunyi

cara kesan kamera tersembunyi
Sumber: Busy

Zaman sekarang ini, pelbagai jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Oleh sebab itu, jika kita pergi ke mana-mana terutama di lokasi bukan kebiasaan kita pergi, perlu utamakan isu keselamatan. Contohnya bilik hotel, bilik persalinan mahupun tandas yang memberi peluang kepada seseorang untuk merakam anda.

Terdapat dua kategori kamera tersembunyi yang perlu diketahui umum iaitu kamera mudah alih yang sering digunakan untuk intipan dan juga kamera tetap berwayar.

Cara untuk anda mengenal pasti kewujudan kamera mudah alih adalah dengan mengenal pasti sesuatu di luar kebiasaan seperti saiz perkakas dan kedudukan perkakas yang berkemungkinan mempunyai kamera mudah alih.

Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk anda berjaga-jaga sama ada tempat itu ada kamera tersembunyi mahupun tidak.

cara kesan kamera tersembunyi
Sumber: Korea Times

1. Periksa semua kawasan

Perlu memeriksa semua kawasan sama ada di bahagian luar atau dalam sesebuah kawasan, dan perhatikan di tempat yang berpotensi boleh diselitkan kamera tersembunyi sebelum anda memasuki sesebuah kawasan.

Antara perkakas yang sering digunakan ialah butang baju, pen, cermin mata, kunci kereta dan sebagainya.

2. Padamkan lampu

Padamkan lampu untuk melihat sama ada terdapat lampu LED yang berkelip-kelip berwarna merah.

Gunakan aplikasi pada telefon pintar atau alat kawalan jauh diri kerana kamera itu akan menghasilkan kerdipan LED apabila berinteraksi dengan telefon pintar anda.

3. Gunakan telefon bimbit

Gunakan telefon bimbit anda dan muat turun aplikasi yang boleh mengesan kamera tersembunyi.

4. Pengesan

Gunakan alat pengesan yang paling efektif untuk mencari kamera tersembunyi yang disorokkan dalam sesebuah kawasan.

5. Periksa cermin

Gunakan cermin yang ada di kawasan tersebut untuk melihat sama ada terdapat kamera yang berada di kawasan itu atau lampu LED yang berkelip-kelip.

6. Flashlight

Periksa sama ada terdapat pancaran flashlight, menandakan terdapat kamera tersembunyi di kawasan tersebut.

Gunakan pantulan lampu suluh bagi mengesan kedudukan kamera tersebut.

Semua orang mempunyai hak untuk memiliki privasi sendiri. Justeru, lebih elok jika anda sentiasa mengambil langkah dan sikap berhati-hati dengan memeriksa terlebih dahulu sesuatu kawasan sebelum meneruskan sebarang aktiviti.

Sumber: AwaniFMT

Elak Jadi Mangsa Penipuan Barangan ‘Online’, Ini 7 Tip Daripada PDRM

Tip PDRM beli barang online
Sumber: Jejak

Pada hari ini, semakin ramai gemar membeli-belah secara dalam talian. Ia merupakan antara kemudahan pada era moden tanpa perlu kita hadir secara fizikal ke pusat membeli belah terutama pada waktu promosi.

Namun, platform yang sedia ada ini juga akan ada orang yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan seperti ini.

Apa yang anda perlu elakkan daripada jadi mangsa penipuan? Di sini kami kongsikan daripada PDRM langkah-langkah bijak membeli barangan secara dalam talian.

1. Membeli Melalui Laman Web Yang Mempunyai Sekuriti

Sekiranya anda akan berkongsi maklumat peribadi seperti alamat dan nombor kad kredit dengan sebuah syarikat, pastikan maklumat anda dilindungi dengan selamat oleh laman web tersebut.

Bagaimana anda tahu laman web tersebut adalah selamat?
Semasa memasukkan maklumat kad kredit anda, terdapat dua tanda perlu dicari. Pertama, cari alamat yang mempunyai “https:” pada awalan dalam bar URL. “https:” melambangkan bahawa laman web tersebut adalah selamat dan maklumat anda akan kekal rahsia.

Banyak laman web juga mempunyai simbol kunci yang tertutup dalam bar alamat mereka untuk menunjukkan bahawa laman web mereka adalah selamat.

2. Semak Penilaian Kedai/ Perniagaan Online

Ulasan atau skala markah daripada pihak ketiga dapat memberikan panduan kepada pembeli.

3. Simpan Resit Pembelian Dan Periksa Pembelian Semasa Penghantaran

Selepas membeli sesuatu barangan, pastikan anda menyimpan segala resit digital sebagai bukti pembelian.

Walaupun platform online menyimpan resit-resit ini secara automatik, anda dinasihatkan supaya menyimpan rekod-rekod tersebut bagi memudahkan anda untuk membuat rujukan atau memasukkan maklumat pencukaian dan menebus sesuatu jaminan.

4. Lokasi Dan Masa Penghantaran

Semak tempoh penghantaran dan masa yang diiklankan oleh penjual bagi memudahkan anda menerima barang mengikut masa yang telah ditetapkan.

5. Layar Melalui Sambungan Selamat

Sewaktu membeli belah secara online, anda seharusnya melakukannya melalui secured network dan elakkan untuk melakukan pembelian menggunakan komputer yang dikongsi.

Selain itu, jangan melakukan pembelian online menggunakan sambungan WiFi percuma seperti di kafe atau tempat awam.

Sambungan Wi-Fi di tempat awam adalah lebih berisiko kerana sesiapa sahaja yang berada di lokasi sama boleh memantau maklumat yang anda masukkan seperti maklumat perbankan atau kad kredit anda.

Oleh itu, buat pembelian online dan semua aktiviti perbankan dalam talian melalui sambungan internet yang selamat, seperti di rumah anda.

6. Kaedah Pembayaran

Kad kredit adalah salah satu cara pembayaran paling selamat untuk pembayaran secara online. Pembayaran melalui cara ini meninggalkan rekod dengan bank dan sentiasa dilindungi daripada pembayaran yang tidak sah atas akaun anda.

Pastikan anda sentiasa memeriksa penyata kad kredit anda supaya tiada caj yang bukan kehendak anda dikenakan atas akaun anda.

Cara ini boleh membantu anda untuk mencari kesilapan anda dalam pembelian secara online.

7. Pastikan Syarikat Jualan Mudah Dihubungi

Untuk mengetahui sama ada syarikat itu sah, perlu mendedahkan lokasi fizikal mereka dengan alamat sebenar sama ada cawangan runcit atau lokasi ibu pejabat.

Ketahuilah bahawa jika anda memilih pilihan chat berbual untuk bantuan pelanggan, anda berkemungkinan berbual dengan robot, jadi pastikan bahawa soalan-soalan anda dijawab sepenuhnya dan ia adalah yang terbaik untuk mencatatkan perbualan itu.

Berhati-hati dengan syarikat-syarikat yang hanya boleh dicapai melalui borang kenalan.

Tip PDRM beli barang online
Sumber: FB PDRM

Jadilah pengguna yang bijak dan sentiasa berhati-hati ketika melakukan urusan jual-beli secara dalam talian. Laporkan segera di balai berhampiran jika anda menjadi mangsa penipuan.

Tip PDRM beli barang online

Sumber: FB PDRM