Setiap individu ada hobi yang berlainan walaupun ianya dalam bidang yang sama. Sebagai contoh, mencintai bidang perbukuan. Ramai orang mencintai bidang perbukuan, namun cara-cara memaparkan rasa cinta itu berbeza.
Tahukah anda, rupanya tabiat individu dengan buku boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis? Untuk tahu anda jenis yang mana, jom teruskan bacaan.
1. Bibliophile
Individu jenis bibliophile ialah individu yang benar-benar mencintai buku; membaca dan mengumpul. Namun ianya tidak dilihat berlebihan kerana individu jenis ini berfikir secara rasional.
2. Book Sniffer
Jika anda ada tabiat menghidu buku, anda adalah individu jenis ini. Individu Book Sniffer merasa puas apabila beliau dapat menghidu aroma buku sama ada daripada buku baharu atau pun buku lama.
3. Bibliomania
Anda gemar mengumpul buku sehingga jumlahnya mampu membina sebuah perpustakaan mini? Jika ia, sedarlah anda seorang bibliomania sebagai cara mahu lari daripada dunia sebenar yang tidak harmoni.
4. Tsundoku
Istilah ini merupakan istilah dari Jepun untuk mereka yang sangat suka membeli buku tetapi tidak suka membacanya. Bagi individu ini, membeli buku mampu meredakan ‘nafsu’ mereka pada buku.
5. Bibliotaphs
Individu jenis Bibliotaphs tidak suka buku milik mereka dipinjam kerana risau jika ianya nanti dipulangkan dalam keadaan rosak, atau mungkin langsung tidak dipulangkan. Bagi mengatasi rasa tersebut, individu ini lebih suka menyembunyikan buku-bukunya daripada memaparkannya.
6. Bibliokleptomania
Jika anda anda tabiat terlupa atau sengaja lupa tentang buku yang anda pinjam malah berniat mahu mencurinya kerana tidak mampu memilikinya, ketahuilah anda adalah individu jenis Bibliokleptomania.
7. Biblioarti
Individu Biblioarti berkecenderungan mempunyai rasa kagum berlebihan pada buku dan mempunyai keinginan yang kuat untuk melindungi buku (walaupun bukan miliknya) supaya tidak diambil orang lain.
8. Bibliognost
Golongan individu ini memang semua benda dia mahu tahu. Bermula daripada daftar pustaka sehinggalah kepada isi buku, semuanya dibaca dengan teliti. Rajin sungguh!
9. Bibliobibuli
Jika anda jenis yang ini anda memang hebat. Iyalah, mampu membaca di mana sahaja; hatta dalam kenderaan yang bergerak! Sebab itulah individu jenis ini mampu menghabiskan pembacaan buku berhalaman sederhana tebal dalam masa beberapa jam sahaja.
10. Librocubicularist
Semua orang pasti sukakan ini iaitu membaca di tempat tidur. Betul kan? Ada juga sesetengah individu ini akhirnya dibaca oleh buku, bukannya dia membaca buku.
11. Abibliophobia
Abibliophobia merupakan istilah untuk orang yang sangat takut kehabisan bahan bacaan. Jadinya, individu jenis ini gemar membeli buku dengan banyak dalam sesuatu masa.
12. Bibliopegy
Istilah ini bukan tabiat tetapi lebih kepada perbuatan membalut buku dengan menggunakan kulit manusia. Mungkin pada zaman sekarang sudah tiada, tetapi pada masa dahulu, ianya sangat terkenal di Eropah.
13. Bookworm
Ramai salah anggap dengan istilah ini. Bookworm adalah istilah untuk mereka yang mencintai buku tetapi rasa cintanya pada buku tidak setinggi atau sekuat Bibliophile yang sanggup mengumpul buku. Bagi Bookworm, cukuplah sekadar membaca isinya sahaja.
Ada juga beberapa istilah lain bagi menggambarkan hubungan anda dengan buku, antaranya Bibliokas dan Bibliofobia yang tidak menggemari buku. Berdasarkan senarai di atas, anda rasa anda jenis yang mana berdasarkan hubungan anda dengan buku?
Bolehlah kongsikan bersama kami di ruangan komen.