Petua Agar Kentang Tahan Lebih Lama

Banyak jenis masakan yang menggunakan kentang. Misalnya ayam masak lemak atau kari. Malahan kentang juga digunakan untuk memekatkan kuah seperti dalam kuah mee rebus. Kegunaan kentang yang pelbagai menjadikan ia pilihan utama untuk memasak.

Namun, dalam kelebihan pastinya terdapat kekurangan di mana kentang ini cepat busuk dan lembik. Dan disebabkan itu, ramai yang membeli kentang hanya ketika mahu menggunakannya sahaja. Jika dibeli dalam kuantiti yang banyak dan dijadikan stok di rumah, pasti berlaku pembaziran.

Dalam artikel ini, kami kongsikan kepada anda petua untuk menjadikan kentang tahan lebih lama dan tidak mudah busuk. Jom amal petua ini.

kartofel

1. Jangan basuh kentang jika belum hendak digunakan lagi. Pembiakan bakteria akan lebih cepat berlaku apabila kentang berair dan lembap. Kesannya, kentang akan cepat membusuk dan lembik.

2. Asingkan kentang dengan bawang merah dan bawang putih. Letakkan kentang dan bawang ke dalam bekas yang berlainan.

3. Tempatkan kentang pada suhu bilik dan elakkan daripada terkena sinaran cahaya matahari.

4. Jangan biarkan kentang terperap dalam guni ataupun plastik selepas membeli, segera keluarkan kentang dan letakkan ke dalam bekas ataupun penapis.

Semoga dengan perkongsian petua-petua ini, serba sedikit dapat membantu suri rumah menyimpan stok kentang di rumah. Selamat mencuba dan mengamalkan petua-petua ini.

Sekiranya, anda mempunyai petua-petua yang lain selain daripada petua di atas, kongsikan sahaja bersama kami.

Speak Your Mind

*