Setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya. – Gambar hiasan
BERGELAR ibu bapa, kadang-kala kita tidak menyedari ada kesilapan dalam mendidik anak-anak.Sudah pasti setiap ibu baga ingin cahaya mata kita menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran. Lantaran itu, kita sanggup berhabis wang ringgit menyediakan kelas tambahan buat anak.
Namun, setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya. https://embed.astroawani.com/embed-news-keyword/keyword/belajar/id/338914 Ingin tahu lanjut, ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini.
KENA FAHAM PERSONALITI ANAK
Kalau ada anak yang masih belajar, tolong baca dan fahami ilmu ni.Cara anak belajar sebenarnya berbeza bergantung kepada karakter dan personaliti anak kita.Mereka boleh sahaja belajar macam biasa tapi kalau kena cara dan mengikut karakter dan personaliti anak kita, maka ilmu yang dibaca itu akan lebih cepat diserap dan lebih berkesan untuk anak kita.Barulah mereka senang menjawab ketika ujian dan mudah faham apa dia belajar.
KATEGORI ANAK IKUT FOKUS PEMBELAJARAN
- Ada anak fokusnya pendek. Kena banyak belajar di luar kelas dan buat banyak aktiviti.
- Ada anak fokusnya panjang. Boleh bagi dalam bentuk jadual yang ada garis masa supaya dia boleh bersiap sedia.
- Ada anak yang jenis suka bersaing. Mereka suka nak menang dan suka dipuji. Mereka akan cemerlang kalau boleh berlawan dengan orang lain.
- Ada anak yang ‘family style focus’. Dia akan cepat serap ilmu yang dia pelajari kalau dia belajar dalam kumpulan.
- Ada anak suka belajar dalam keadaan semuanya teratur dan kemas. Kalau tempat belajarnya tidak kemas, memang dia jadi tak boleh beri tumpuan.
- Ada anak yang jenis paling hebat belajar apabila dia diberitahu yang dia akan jadi contoh pada pelajar yang lain.
InsyaAllah bila cara belajar ini sesuai dengan karakter dan personaliti anak kita, maka jangan pelik kalau tiba-tiba anak kita jadi hebat dan minat belajar.Mungkin selama ini bukan anak kita tidak mahu mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan dan kelihatan malas, cuma mungkin cara anak kita belajar itu tidak kena dengan karakter dan personaliti mereka.Nota kaki : Tolong ajarkan ilmu ni pada pasangan masing-masing juga ya supaya mereka pun boleh sama-sama fikirkan tentang pendidikan anak-anak.Sumber: Taufiq Razif* Artikel asal disiarkan di Keluarga.